TRW mudah tumbangkan skuad Piala Emas

Thursday, November 10, 20110 comments


Nurul Azwan Roya cuba melepasi pertahanan lawan.

Pasukan The Red Warriors mudah menumpaskan skuad Piala Emas Kelantan, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

The Red Warriors yang turun tanpa kelibat trio, Farhan, Azizi & Indra mendahului seawal minit ke-2 menerusi penyerang tempatan, Ramzul Zahini Adenan yang menewaskan Shahrizan Ismail di gawang gol skuad Piala Emas Kelantan. Pemain tengah, Khairul Izuan Rosli meletakkan The red Warriors selesa di depan selepas menjaringkan gol kedua pasukan pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, skuad Piala Emas Kelantan cuba untuk memperkemaskan permainan namun gagal menemui jaringan. Sebaliknya, The Red Warriors menambah gol ketiga menerusi pemain pertahanan, Daudsu Jamaludin pada minit ke-49 hasil gerakan cantik bersama Badri Radzi. Pada minit ke-51, penyerang import dari Ghana, Danny Antwi mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk gol keempat pasukan The Red Warriors sekaligus memenangi perlawanan itu dengan jaringan 4-0.

Danny Antwi sekadar mejaringkkan satu gol menerusi sepakan penalti.

Senarai Penjaring Gol :
  • Ramzul Zahini Adenan min-2
  • Khairul Izuan Rosli min-45
  • Daudsu Jamaluddin min-49
  • Danny Antwi min-51 *penalti
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger