Piala Agong 2011 | Kelantan lwn Perlis

Saturday, November 12, 20110 comments


Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan akan turun dalam aksi pembukaan menentang Perlis dalam perebutan Piala Agung yang akan dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam ini.

Selaku juara bertahan Piala Emas Raja-Raja, Kelantan akan melayan kunjungan Perlis selaku juara Piala Agong pada musim lepas bagi menentukan juara Piala Agong musim 2011.

Skuad Kelantan akan diterajui oleh bekas pemain Liga Super Kelantan, Wan Rohaimi Wan Ismail yang dilantik sebagai ketua pasukan. Selain Wan Rohaimi, pasukan Kelantan turut diperkuatkan lagi oleh dua pemain Liga Super Kelantan, iaitu penyerang, Ramzul Zahini Adenan dan penjaga gol, Shahrizan Ismail.

Wan Rohaimi turun sebagai ketua pasukan Kelantan malam ini.

Info Perlawanan :

Piala Agong | Pembuka Tirai Piala Emas Raja-Raja edisi ke-71

KELANTAN lwn PERLIS
12 November 2011 (malam ini)
Stadium Sultan Muhammad ke-IV
08.45 malam

Tiket :
Astaka = RM 10
Terbuka = RM 5

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger