Sukan Sea 2011 | 3 mata berharga benam Thailand

Wednesday, November 9, 20110 comments


Penjaring gol pertama, Baddrol Baktiar.

Skuad Sukan Sea Malaysia mencerahkan peluang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas mengapai mata berharga setelah membenam cabaran pasukan Thailand 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno, petang tadi.

Pada mulanya, Thailand dilihat menguasai perlawanan, namun, pasukan negara terlebih dahulu didepan menerusi gol jaringan ketua pasukan, Baddrol Baktiar pada minit ke-24. Jaringan itu sekaligus memberi keyakinan kepada pemain negara untuk kembali menguasai perlawanan. Tamat separuh masa pertama, Malaysia mendahului Thailand 1-0.

Bermula separuh masa kedua, Thailand sekali lagi menguasai perlawanan. Malaysia turut mempunyai beberapa peluang keemasan menerusi penyerang kebangsaan, Syahrul Azwari namun deretan pelung yang terhidang gagal disudahkan beliau. Kegagalan Malaysia menambah jaringan mengundang padah apabila Thailand menyamakan kedudukan pada minit ke-77 sedikit mencemaskan kem Malaysia.

Keputusan Ong Kim Swee memasukkan penyerang, Izzaq Faris menggantikan Wan Zaharulnizam ternyata membuahkan hasil apabila pemain itu muncul sebagai wira pasukan selepas menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-84. Tamat perlawanan, Malaysia menang dengan jaringan 2-1. Kemenangan itu sekaligus mencerahkan peluang Malaysia selepas terikat seri 0-0 pada perlawanan pertama menentang Singapura. Malaysia kini mendahului carta kumpulan A, dengan 4 mata.

Carta terkini Bola Sepak Sukan Sea 2011 | 9.11.11





Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger