Demi The Red Warriors : Aqil Irfaan, Penyokong Setia TRW

Friday, January 21, 20111comments

Demi The Red Warriors, Ahmad Aqil Irfaan b. Ahmad Kamil atau lebih dikenali sebagai Aqil Irfaan di kalangan rakan Facebook dan juga abang beliau Mohd Azzam b. Ahmad Kamil sanggup berhabis duit dan masa dengan menghias bilik mereka dengan mencorak dan mewarnai bilik mereka dengan warna rasmi pasukan Kelantan The Red Warriors, iaitu Merah Putih. Bukan itu saja, bilik mereka juga dihiasi barangan Merchandise The Red Warriors dan juga jersi The Red Warriors. Selain itu, satu rekaan "padang mini" juga direka oleh kedua beradik ini secara tidak langsung menunjukkan lagi minat dan sokongan yang mendalam mereka terhadap bola sepak terutamanya pasukan kesayangan mereka The Red Warriors. Idea ini muncul sebaik sahaja pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia 2010 buat kali pertama dalam sejarah Piala Malaysia. Bilik yang direka khas ini juga telah menarik minat admin "Fan Page" Tan Sri Annuar Musa dan salah satu gambar dari gambar tersebut telah dimuat naik di "Fan Page" tersebut. Tahniah diucapkan kepada kedua beradik ini kerana menunjukkan sokongan yang padu kepada pasukan The Red Warriors.


Katil di "bilik khas" itu (gambar ini dimuat naik oleh Admin di Fan Page TSAM)


Rak buku corak "The Red Warriors"


"Padang Mini" The Red Warriors


Koleksi Jersi The Red Warriors dan Malaysia




BIODATA PEMILIK "BILIK KHAS THE RED WARRIORS" :

Nama : Mohd Aqil Irfaan b. Ahmad Kamil
Umur : 20 Tahun (2010)
Tarikh Lahir : 18 April 1991
Pendidikan : UiTM Seri Iskandar (Diploma in Building semester 4)

CERITA DARI AQIL IRFAAN :

"sy mula minat bola klate ni mse klate msuk liga super..tiap2 perlwnan ado d kb sy mesti g...dan bilik ni d reka khas sbb terlalu minat...blk ni sy reka bersama abg sy iaitu mohd azzam b. ahmad kamil...ado facebook dio...blk ni d reka slpas klate muncul juara piala malaysia buat kali pertama...mase cuti sem sy hbiskan mase sy dgn mreka blk ini...idea dtg dgn sndri scara dgn tiba2 apbila brbincng dgn abg sy trus bli brg2 untuk dihiaskn..tp malagnye ni adalh rumah sewa je..umh sndri xde lg..heheh...hmpir stgh bulan mcm 2 la nk siapkan bilik ni...2 jela yg dpt d kongsikn..."


Share this article :

+ comments + 1 comments

sharh irufi
January 21, 2011 at 9:05 PM

tahniah bro..ganahs2

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger