Misteri pemain jersi 21 TRW terjawab?

Saturday, November 19, 20111comments


Zakaria Charara ketika aksi menentang pasukan Maldives.
credit photo : Shazli Shamsudin

Selepas gagal mendapatkan khidmat pemain dari England seperti yang diwar-warkan sebelum ini, secara tiba-tiba The Red Warriors menampilkan pemain import diluar radar "rumors" untuk diuji dalam pertemuan persahabatan menentang Maldives, malam tadi. Siapakah pemain itu?

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Zakriya Yehya Sharara (Zakaria Charara), berusia 25 tahun, dari Lebenon. Zakaria merupakan pemain yang bermain di posisi tengah dan juga sayap. Beliau juga merupakan rakan sepasukan pemain import baru Kelantan, Muhammed Ghaddar di kelab Nejmeh pada tahun 2007-2009. Kelab semasa beliau pula ialah Ermis Aradippou.

Ketika diuji dalam aksi persahabatan Kelantan menentang Maldives, Zakaria menunjukkan satu persembahan yang positif dimana gol pertama pasukan Kelantan yg dijaringkan oleh Denny Antwi berpunca dari "tru pass" cantik beliau melepasi pertahanan lawan. Beliau juga banyak membantu pasukan dalam merencanakan serangan ke kubu lawan. Pada perlawanan itu, Kelantan berjaya mengatasi Maldives dengan 2-1 hasil jaringan Denny Antwi.

Persoalannya, mampukah Zakaria Charara mengisi slot jersi nombor 21 TRW? Slot itu merupakan koata terakhir untuk pemain import Kelantan.

Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk memutuskan mengambil pemain ini sebagai pemain import keempat Kelantan. Masih banyak ujian dan perlawanan yang perlu dilalui oleh pemain ini sebelum beliau diserapkan ke dalam skuad The Red Warriors 2012.

Aksi Zakaria Charara ketika mewakili kelab lamanya, Nejmeh (2007-2009)


Share this article :

+ comments + 1 comments

November 20, 2011 at 3:23 PM

tuwey rajin, tapi kalut...skill xberapo mano...speed tu buleh kiro...tapi baru 1st game...xleh mnonjol mano...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger