Nazmi Faiz | Wonderkid Idola Malaya

Thursday, November 24, 20116comments


Nazmi Faiz - Wonderkid Idola Malaya

Nazmi! Nazmi! Nazmi! Tak habis-habis lagi cerita pasal Nazmi! Tak muak ke? Heheh Seriusly, gua belum pun muak. Sebab gua pun minat kat budak "cute" ala-ala Greyson dan Kaka nieh! Gua minat dan teruja dengan aksi beliau diatas padang! Dan gua rasa, korang pun turut teruja! Kannn? Secara tak semena-mena ramai pulak budak perempuan minat bola sekarang ni. :)

Budak ni dah jadi satu fenomena baru di Malaysia! Kenapa gua kata Nazmi Faiz ni dah jadi fenemena? Mana tidaknya, "Fan Page" Nazmi Faiz dan mencecah dua puluh ribu, lapan ratus lima puluh sembilan (25, 859) "likes" dalam masa 12 hari sahaja (ketika gua tengah menulis "entry" ni). Tapi gua yakin, tatkala gua tengah menulis, kompem angka "likes" di page Nazmi ni sedang mencanak naik! Tak caye? Cuba korang tengok nanti.

Gua sempat jugak usha "Fan Page" si Najmi Faiz ni. Tapi gua kurang pasti samaada "Fan Page" ini dibuat oleh beliau sendiri atau ada individu lain yang "tolong" buat tanpa pengetahuan beliau. Yang itu, gua sendiri tak mampu nak pastikan. Tapi di bahagian "About", tertera di situ perkataan "Nazmi Faiz" Official Fan Page. Tapi gua masih tak berapa yakin, sebab adik gua yang umur 5 tahun pun boleh tulis macam tu. So, sampai sekarang pun, gua tak pasti, tapi sau yang pasti, "wall post" kat "Fan Page" tu memang laju. Gua pernah sekali cuba "wall post" kat situ, tapi dalam beberapa saat jer, "wall post" gua dah berada dibawah. Mak aihhh.. Kalah artis doe.... Hehe Lu memang femes Nazmi :)


Fan Page Nazmi Faiz mencecah 25,859 "likes". (12/11/11-24/11/11)

Setelah gua analisis "Fan Page" tu, gua dapati, 90% "likes" adalah dari kaum perempuan! Wah! Gila lah! Gua gurau jer.. hehe Takkan la gua nak analisis plak. Tapi daripada pemerhatian, memang begitulah. Begitu ramai perempuan yang meminati Nazmi Faiz. Malah tak keterlaluan dah ada yang siap jatuh cinta dengan beliau. Dan ada yang cuba meluahkan perasaan.. wink :) Hehehe.. Siap gaduh-gaduh lagi kat "page" tu. Hebat betul "Wonderkid Idola Malaya" nieh. Memang kau "deserve" untuk dapat semua tu bro..

Antara luahan hati peminat di "Fan Page -Nazmi Faiz"
(klik) untuk imej besar.

Pendapat peribadi gua kepada peminat-peminat Nazmi Faiz ni, gua sarankan supaya korang berilah "positive support" a.k.a sokongan yang positif kepada beliau. Beliau masuh terlalu muda, dan perjalanan karier beliau masih terlalu jauh. Jangan lah korang "racun" fikiran beliau dengan pujian yang melampau sehingga mampu membuat beliau "hanyut" di dalam dunia "popular". Sama-samalah kita menyokong beliau dan mendoakan karier Nazmi Faiz lebih cemerlang pada masa mendatang.

Pesanan gua kepada Nazmi Faiz, teruskan usaha anda untuk menjadi seorang pemain yang betul-betul berkualiti dan disegani pada masa akan datang. Tapi satu gua nak ingatkan lu, jangan lupa amik SPM! hehe SPM tu penting jugak! Untuk kesenangan masa depan kau. Sebab dalam karier bola sepak, kita tak boleh nak jangka, sampai bila kita boleh bermain, sampai bila kita boleh bertahan. Mungkin hari ini kita diatas, tapi esok kita jatuh kebawah. Dan mungkin juga kecederaan bakal merencatkan perjalanan karier anda. So, dalam kau mengejar karier sebagai pemain bola, jangan abaikan pelajaran. Kau boleh contohi Mahali Jasuli. Dalam dia sibuk bermain bola, beliau masih lagi sempat bergelar mahasiswa. Gua doakan yang terbaik untuk lu. :)

Aksi Nazmi Faiz ketika menentang Sryia
(klik) untuk imej besar.

So, ape lagi anak-anak Malaysia? Nazmi Faiz dah buktikan yang anak Malaysia mampu lakukan? Korang tak teringin ke nak ikut jejak Nazmi Faiz? Femes wooooo.. hehe Gua gurau jer.. Bukan populariti yang gua nak tunjukkan disini.. Gua cuma nak cakap kat semua rakyat Malaysia, yang sukan bola sepak ni ada masa depan. Dulu ramai yang sangka, karier bola sepak ni tak ada masa depan. Tapi ternyata korang silap. Pemain bola sepak sebenarnya ada masa depan. Selain dari kerjaya, secara tak lansung mereka mengharumkan nama negara. :)

Profil Nazmi Faiz - sumber wikipedia

p/s : gua tak sabar nak lihat lebih ramai pemain remaja tampil beraksi bersama skuad kebangsaan di usia muda seperti Nazmi Faiz.


Share this article :

+ comments + 6 comments

November 25, 2011 at 12:57 AM

dah lah hensem. berbakat pula. siapa yang tak suka kan ? (:

November 25, 2011 at 1:05 AM

hehe tu lah pasai.. nasib baik ceq laki.. hahaha

November 25, 2011 at 9:20 AM

dia ada kebolehan.. harap terus kekalkan momentum....

Anonymous
November 25, 2011 at 7:16 PM

budak ni meme baguh doe...gaya dia main mcm org dah ada pengalaman 6-7tahun pengalaman ...cara dia mengatasi pihak lawan..mengawal bola..kalau diasah lagi...dan lagi dan lagi di kelab luar negara...baru menjadi ..kt kelab QPR ker..biar dia belajar cara org sana main bola..

100 kali lebih baik dari Fakri, thamil arasu dan izzaq faris...

November 27, 2011 at 3:42 PM

yeah! betol tuhh , heee , nazmi mang comel ,hee , ncem lak tuhh , ^^

Anonymous
November 27, 2011 at 9:43 PM

dia comell...kihhh3 !

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger