"Print Screen" laporan kematian Tojo Minoru di sebuah blog Indonesia.
Berita "lawak" kematian pengadil final acara bola sepak Sukan Sea 2011, Tojo Minoru dari Jepun yang mula tersebar meluar di internet, terutama laman sosial Facebook ternyata tidak benar sama sekali. Rupanya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba "berlawak" dengan penyebaran berita berkenaan.
Menurut laporan blog berkenaan, Tojo Monoru mati akibat menerima tembakan tepat di kepala beliau. Kejadian itu dikatakan berlaku di dalam sebuah bilik di sebuah hotel tidak jauh dari Stadium Gelora Bung Karno. Namun, di akhir penulis beliau, beliau menulis, "Ternyata gw cuma mimpi....hohohoho" sekaligus menunjukkan berita itu tidak benar sama sekali.
Walaupun mungkin penulis blog itu hanya berniat untuk bergurau, namun ianya keterlaluan kerana melibatkan perkara serius seperti kematian. Malah, ramai pembaca blog berkenaan tertipu dan percaya bahawa kejadian itu benar-benar berlaku. Para pembaca disarankan supaya lebih berhati-hati membaca setiap artikel di blog dan jangan terlalu percaya kerana ada berita yang sengaja disangsikan.
p/s : diharap 'Sang Garuda" tersedar dari cerita mitosnya. Terima lah kenyataan bahawa anda kalah di Final Bolasepak Sukan Sea 2011. Cuba lagi di lain hari.
+ comments + 1 comments
Isk..buat saspen je la..aku dah cuak dah tadi..ingat kan betul2..dah takut dah..GILE la klu betul..tak boleh nk pikir klu betul..hahahaa~
apa2 pn.. MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU <3
http://cebagoomarket.blogspot.com/2011/11/tanah-tumpahnya-darah-ku.html