Norshahrul tidak dapat beraksi!

Friday, January 28, 20110 comments

Norshahrul Idlan Talaha, dilaporkan cedera.


Penyerang prolifik pasukan The Red Warriors dan juga kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dikhabarkan tidak dapat diturunkan untuk Piala Sumbangsih menentang Selangor malam esok gara-gara kecederaan lutut lama berulang. Menurut kenyataan beliau di salah sebuah stesen TV, beliau benyatakan 70% hampir pasti tidak dapat diturunkan malam esok. Kecederaan yang dialami beliau itu sudah dirasai sejak Sukan Asia lagi dan kesakitan itu semakin bertambah sekarang memaksa beliau untuk direhatkan pada perlawanan malam esok bagi memastikan beliau pulih untuk perlawanan akan datang.

Namun, pengendali baru pasukan The Red Warriors, Dato' M.Karathu masih berharap penyerang sensasi itu dapat diturunkan. Menurut pengurus pasukan, Azman Ibrahim selain dari Norshahrul Idlan Talaha, khidmat pemain pertahanan, S Subramaniam dan juga penyerang S Chanthuru juga tidak dapat digunakan kerana masih lagi dalam senarai kecederaan. Keadaan ini sudah pasti memberi tamparan hebat kepada pasukan terutama kehilangan Norshahrul di posisi serangan. Kelantan hanya mempunyai pilihan untuk menurunkan Khalid Jamlus, Ramzul Zahini dan juga Nizab Ayub bagi menggantikan tempat Norshahrul Idlan Talaha.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger