Ucapan Maaf kepada semua penyokong bola sepak Kelantan dari Muhammad Rizal Hashim

Wednesday, January 19, 20110 comments


Alhamdulillah. Akhirnya, saudara Muhammad Rizal Hashim, pemilik blogger Malaysia Sport's Loose Cannon tampil memohon maaf secara terbuka melalui surat terbuka di laman sosial FaceBook yang bertajuk Ucapan Maaf kepada semua penyokong bola sepak Kelantan. Terima kasih diucapkan kerana beliau mengambil langkah yang terpuji apabila memohon maaf secara terbuka kepada penyokong pasukan Kelantan. Di harap, penyokong pasukan Kelantan menerima permohonan maaf ini dengan hati terbuka. Barang yang lepas jangan dikenang. Ambil sahaja insiden ini sebagai satu pengajaran berguna untuk kita semua.

"Surat terbuka" mohon maaf Rizal Hashim kepada penyokong Kelantan.


Semoga hubungan baik antara saudara Rizal Hashim dan penyokong Kelantan dapat terjalin dengan lebih baik selepas ini. Harapnya, kes ini selesai sampai disini. Terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana sudi memberi sedikit respon kepada penulis, terima kasih tak terhingga kepada semua penyokong pasukan Kelantan yang memberi kritikan yang positif mahupun negatif, terima kasih juga kepada saudara Muhammad Rizal Hashim yang selama ini banyak juga menaikkan nama pasukan The Red Warriors menerusi Kafe Sukan, laman blognya Malaysia Sport's Loose Cannon, Rembat Kosmo! dan lain. Terima Kasih kepada semua.



"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger