Apex Duta Puma

Sunday, February 6, 20112comments


credit photo : Facebook Khairul Fahmi Che Mat

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Jika dulu, hanya menjadi penjaga gol ketiga, nama Khairul Fahmi Che Mat mula meniti bibir penyokong setia The Red Warriors selepas aksi cemerlang beliau terutama ketika dalam saingan Piala Malaysia 2010. Nama anak muda ini terus melonjak selepas beliau berjaya membantu pasukan Malaysia untuk menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama.

Aksi cemerlang dan konsisten penjaga gol utama pasukan Liga Super Kelantan ini, dilihat memberi rezeki yang melimpah ruah kepada beliau. Kini, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex telah diangkat menjadi duta barangan jenama PUMA. Sekalung tahniah diucapkan. Selamat Maju Jaya untuk Khairul Fahmi Che Mat. All the best bro!


Share this article :

+ comments + 2 comments

February 6, 2011 at 8:21 PM

disebabkan aura apex kompem ramai beli barang puma

February 6, 2011 at 8:46 PM

apex sorg je ke?

ramzul, farisyam, nick chan n nizad x ke?
http://www.facebook.com/album.php?fbid=125936880808093&id=125930570808724&aid=22550

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger