"President Warriors" kembali menyengat!

Tuesday, February 22, 20110 comments



Kesebelasan utama pasukan "President Warriors"

Pasukan Piala Presiden Kelantan kembali bangkit dari kekalahan kepada Sabah pada perlawanan lepas untuk membenam cabaran Kedah 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

Pada perlawanan yang disaksikan oleh lebih kurang 1,000 orang penyokong itu, Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang harapan, Mohad Aris Zaidi pada minir ke-33. Namun, pada masa kecederaan babak pertama, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Aidi Huzaini.

Aris Zaidi membuka tirai jaringan pada minit ke-33

Bermula pada babak kedua, pasukan Kelantan diberi tamparan hebat apabila Tuan Mohd Norhafizie dibuang padang pada minit ke-50. Kelantan yang dilihat terpaksa bermain bertahan dengan kekurangan seorang pemain, walaubagaimanapun berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-69 menerusi ketua pasukan, Mohd Faiz Suhaimi. Kelantan hampir menambah gol lagi selepas itu, namun gagal disudahkan oleh bemain penyerang yang hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol.

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan dengan jaringan 2-1. Tahniah buat pasukan "President Warriors". Pasukan Kelantan juga mendapat sokongan padu dari Ultras Kelantan-The Red Mania (UKTRM) yang turut turun pada perlawanan itu. Terima kasih diucapkan.

Ultras Kelantan-The Red Mania turun memberi sokongan kepada pasukan.



Untuk melihat gambar perlawanan, sila (klik)


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger