President Warriors teruskan rentak kemenangan

Tuesday, March 8, 20110 comments



Aris Zaidi menggempur kubu Selangor

Pasukan "President Warriors" bimbingan bekas pemain Kelantan, Zahasmi Ismail meneruskan rentak cemerlang apabila membenam cabaran Selangor dengan jaringan 2-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi. Kemenangan ini sekali gus memberi Kelantan di landasan tepat untuk mengejar kejuaraan Piala Presiden.

Beraksi di halaman sendiri, sudah pasti memberi kelebihan kepada pasukan "President Warriors" yang turun memburu kemenangan. Kelantan awal-awal lagi sudah mengasak menerusi penyerang lincah, Farhan Yaacob ppada minit pertama, namun percubaannya sekadar menggegar palang gol pasukan pelawat. Kelantan dilihat menguasai perlawanan namun serangan demi serangan gagal menghasilkan sebarang gol di separuh masa pertama.

Farhan Yaacob, bermain dengan baik

Bermula separuh masa kedua, Kelantan dilihat menggandakan asakan namun kebanyakan peluang yang terhidang gagal disudahkan dengan baik oleh penyerang selain kecekapan penjaga gol pelawat, Md Shafizullah juga mengecewakan pasukan Kelantan. Pemain yang pernah berlatih dengan Cardiff City, Nicholas Chan hampir menjaringkan gol pada minit ke-67, namun sepakan lambung yang berjaya menewaskan penjaga gol pelawat hanya sekadar mengegar palang gol. Manakala sepakan gunting Aris Zaidi juga sekadar singgah dipalang gol tatkala Md Shafizullah sudah tertewas.

Tidak berputus asa, pasukan "President Warriors" Kelantan meneruskan serangan demi serangan dan hasilnya, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti setelah Tuan Muhammad Norhafizie dijatuhkan oleh pertahanan lawan di dalam kotak penalti. Aris Zaidi tidak mensia-siakan peluang keemasan itu apabila menyempurnakan penalti tersebut pada minit ke-76 untuk Kelantan mendahului 1-0.

Aris Zaidi menyempurnakan penalti pasukan Kelantan

Tidak cukup dengan itu, Kelantan terus memburu jaringan. Asakan menggila dari pasukan Kelantan mencemaskan kubu lawan. Selangor juga sesekali mengancam namun kecemerlangan pertahanan dan penjaga gol Kelantan, Judtana Eh Put mengecewakan pasukan pelawat. Akhirnya, Kelantan menambah gol kedua menerusi rembatan luar kotak penalti Tuan Muhammad Norhafizie yang berjaya menggelecek 3 pemain pasukan lawan sebelum melepaskan satu rembatan kencang mengecewakan Md Shafizullah di pintu gol Selangor pada minit ke-89.

Tamat perlawanan, Kelantan 2-0 Selangor.


Kesebelasan Utama :

Kelantan FA
Jurulatih : Zahasmi Ismail
Judtana Eh Put (GK), Faiz Suhaimi, M. Khairul Izuan, Muizzudin Marzuki, Md. Farhan Yaacob, Md. Zamri Ramli, Mohd Aris Zaidi, Nicholas Chan, Nik Md Shahrul Azim (C), Md. Nosyahrul Hawari, Muhamad Izuan Solahudin.

Selangor FA
Jurulatih : P. Somansundram
Md Shafizullah (GK), Reuban Kathiripillai (C), K. Prabakaran, Hafif Azhar, Muhamad Farfizan, Mohamad Asraf, Mohammad Mazwan, Choi Hoon Seng, Shafiq Azri, Muhammad Zulhisyam, Mohd Jamiudin.



Untuk melihat gambar perlawanan sila (klik)

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger