Safee Sali jaringkan gol kemenangan Pelita Jaya FC!

Saturday, March 5, 20115comments




Penyerang skuad negara yang juga bekas pemain Selangor, Safee Sali membuktikan kredibiliti beliau sebagai penyerang yang digeruni apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Pelita Jaya menewaskan Sriwijaya di gelanggang sediri. Jaringan Safee Sali pada minit ke-62 sudah cukup buat Pelita Jaya mengutip 3 mata penuh sekaligus membalas dendam kekalahan Pelita Jaya di tangan Sriwijaya 1-2 pada pertemuan lepas.

Safee Sali yang bermain selama 84 minit berjaya memberi impak yang baik di posisi serangan Pelita Jaya dengan melakukan sekurangnya empat percubaan yang mampu menghasilkan gol. Gandingan beliau bersama Ramires dilihat semakin menunjukkan keserasian walaupun baru pertama kali digandingkan. Safee memakai jersi bernombor 55 yang juga simbolik kepada nama beliau SS iaitu "Safee Sali". Tahniah buat Safee Sali yang secara tidak lansung mengharumkan nama MALAYSIA.

Perlawanan berkesudahan Pelita Jaya Fc 1-0 Sriwijaya FC.



Gol Pelita Jaya FC jaringan Safee Sali

Share this article :

+ comments + 5 comments

March 5, 2011 at 8:07 PM

salam frenz...video xada ke..??
aksi safee sali jaringkan gol...??

March 5, 2011 at 8:20 PM

ada video dlm facebook. cari fan page wawanfaiz.com

March 5, 2011 at 8:29 PM

video updated

March 5, 2011 at 8:31 PM

okey beyeh beb,
doh dpt pom...trmo ksh bnyok..

March 6, 2011 at 1:27 AM

sama2

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger