
Laman Web FAM (http://www.fam.org.my/) yang di "hack".
Bahana sering kali mengubah Jadual Perlawanan, Laman Web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah di "hack" oleh peminat/penyokong yang tidak berpuas hati dengan sikap dan pendirian FAM yang selalu berubah-ubah.
Hal ini secara tidak lansung menyusahkan penyokong-penyokong yang mungkin sudah membuat perancangan awal, seperti memohon cuti, menempah tiket penerbangan, menempah bilik penginapan, tiket perlawanan dan sebagainya. Sikap FAM yang sering mengubah jadual secara tidak lansung menimbulkan kemarahan kerana penyokong-penyokong ini terpaksa menanggung kerugian akibat perlawanan diubah tarikh.
Lebih melucukan, Laman Web FAM kali ini di "hack" dengan meletakkan video "Ucop Wilcha", yang kini popular menerusi watak dalam cerita Hantu Kak Limah. Usop yang baru sahaja menggamatkan Anugerah Bintang Popular Bintang Popular Berita Harian, semalam sekali lagi menjadi tumpuan apabila Video scene "kito bako!!" dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung kini terpampang di "homepage" Laman Web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Penulis yang membuka Laman Web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melihat jadual perlawanan pada hari ini terkejut apabila "home page" laman web terpampang muka "Usop Wilcha". Namun kejutan itu menimbulkan kelucuan kerana "Usop Wilcha" memang menjadi fenomena yang lucu di Malaysia ketika ini.
Kejadian ini menunjukkan tanda protes dari penyokong dan peminat bola sepak Malaysia dimana sikap tidak tetap pendirian FAM sejak dahulu lagi tidak digemari mereka. Diharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil iktibar dari kejadian "lucu" ini dalam usaha memantapkan lagi sistem bola sepak Malaysia.
Kejadian ini menunjukkan tanda protes dari penyokong dan peminat bola sepak Malaysia dimana sikap tidak tetap pendirian FAM sejak dahulu lagi tidak digemari mereka. Diharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil iktibar dari kejadian "lucu" ini dalam usaha memantapkan lagi sistem bola sepak Malaysia.

+ comments + 6 comments
if ni keje pyokong klate...
sgat2 rugi...
sprti kita tau...
persatuan kena sepak ni...
makin disepak...makin naik angin n kerek....
so,bila Tan Sri buat usul sSMIv jd venue utk national game...
lagi susah FAM nk bg ble da jd mcam ni...
pluang ada,tp dikambus sebab emosi pminat sndiri...
aik rano jadual bruboh pulok ..
[12 May 2011 Sel vs Klate--shah alam]
[15 may 2011 Klate vs Selangor--SSMIV]
Tu lah FAM. Jadual berubah. 12hb (Khamis Malam Jumaat- mlm jumaat biasanya org beramal dgn baca al-Quran dan sebagainya. bukan berseronok)
15hb - Hari Ahad. Mayb nak suruh penyokong Selangor lagi ramai dari Kelantan.
kalau kelantan tak dapat melobi olimpik, xde kaitan un dgn isu ni. kalo nak kaitkan, TSAM tu sendiri dalam FAM. Kalo sekali pun usul ditolak, banyak lagi sbb yg boleh dikaitkan. Antaranya, Stadium SSMIV masih belum bersedia dari segi kemudahan. Dan dari segi kapasiti pun rasanya SSMIV xlepas sbb minimun untuk international, 30K. SSMIV hanya 25K. perlu banyak lagi upgrade.
Tapi usaha TSAM wajar disanjung. Sbb sekurangnya beliau mencuba dan menunjukkan minat. Kalo 1st time cuba dah dapat, itu satu bonus. Kalo xdpt, tetap berbangga dgn TSAM yg berusaha kearah itu. Kalo gagal, mesti ade sebabnya. Tapi kalo nak kaitkan dgn hal remeh "web fam di hack", xmunasabah. Kalo SSMIV kita capai tahap (piawaian) yang ditetapkan, mesti dpt nyer.
wawan faiz : Jangan kata FAM suka mngikut peraturan yang sedia ada..Adakah anda lupa isu Sathianathan digantung ?Lupa isu bermain di stadium bukit jalil tanpa penyokong?semua ni angkara FAM yang seperti punyai dendam dengan Kelantan..Mereka tunggu Kelantan or fans buat something bad to them..So,mereka hukum...Ini matematik mereka.
web gune joomla. ptut senang tembus. admin page pn leh msuk sng2 je. -.-"