Blogger "Suara Sukan Anda" Mohon Maaf | Rentetan Isu Indra Putra

Wednesday, April 6, 20111comments


Tidak lama selepas isu panas yang mengaitkan Indra Putra dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Laman Blog Suara Sukan Anda (sila klik), Indra Putra tampil menafikan kenyataan itu adalah milik beliau. Perkara ini dinafikan Indra manakala penulis blog itu gagal menampilkan bukti berekod untuk mengukuhkan lagi kenyataan yang dikeluarkan di blog beliau. Oleh yang demikian, penulis blog Suara Sukan Anda tiada pilihan lain selain dari membuat permohonan maaf secara terbuka.

Memetik artikel permohonan maaf di blog Suara Sukan Anda yang bertarikh 6 April 2011, yang berbunyi ; "Penulis, bagi pihak Suara Sukan MEMOHON MAAF secara terbuka kepada semua peminat bolasepak tempatan andai betul kenyataan itu bukan milik Indra,sepertimana didakwanya, namun ingin menjelaskan di sini kenyataan yang disiarkan itu hasil perbualan seorang rakan media di Terengganu, yang mendakwa Indra membalas SMS dihantarnya, sepertimana disiarkan SS, berbunyi “Inilah antara sebab saya meninggalkan Kelantan, memang ini antara sebab utama. Tidak salah meletak harapan kepada pasukan, tetapi harapan itu haruslah berbentuk sokongan, dorongan. Ini tidak bila menang kami dipuji, bila kalah kami dikritik hebat, malah peminat sentiasa mahu kami menang, mereka harus tahu kalah menang adat pertandingan, bila nak selalu menang, ia akan memberi tekanan, player pun tak boleh perform."

"Print Screen" petikan di blog Suara Sukan Anda : 1


"Print Screen" petikan di blog Suara Sukan Anda : 2


"Print Screen" petikan di blog Suara Sukan Anda : 3


Artikel-Artikel asal dari blog Suara Sukan Anda (http://suarasukan1mas.blogspot.com):

1) Artikel awal Kenyataan Indra : (sila klik)

2) Artikel Penafian Indra dan Mohon Maaf dari Suara Sukan Anda : (sila klik)


**Diharap selepas ini, semua pihak lebih berhati-hati dalam mengeluarkan artikel jika tidak mempunyai bukti berekod. Kerana percakapan "off record" tidak boleh diguna pakai dan boleh dinafikan. Penulis juga ingin memohon maaf dengan pengeluaran artikel berkenaan isu itu. (penulis pernah mengulas artikel yang dikeluarkan di blog Suara Sukan Anda)


Share this article :

+ comments + 1 comments

Lah
April 7, 2011 at 6:57 PM

Ayat kutuk bukan main panjang lagi. Ayat mintak maaf pendek btul. Lain kali check dulu source tu. Bukan percaya bodoh2 jer.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger