Harimau tumbang di kaki Kijang

Saturday, April 2, 20110 comments



Kesebelasan Utama Kelantan

Pasukan Kelantan terus gah ditahta Liga Super setelah menumbangkan pasukan Harimau Muda A, 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Pasukan Harimau Muda yang dibarisi pemain-pemain Olimpik negara terpaksa akur dengan kekalahan ini walaupun sudah memberi tentangan yang hebat.

Pasukan Kelantan yang turun dengan misi mengutip tiga mata penuh bagi mengukuhkan cengkaman Liga, bermula cemerlang dengan asakan bertali arus menerusi rangkaian serangan yang diketuai oleh penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang bergandingan dengan S.Chanturu. Usaha Kelantan membuahkan hasil apabila Solehin Kanasian yang membuat hantaran silang tertampan kaki pertahanan Harimau Muda A, Fadhli Shas, mengelirukan penjaga gol, sebelum bola menerjah jaring.

Kesebelasan Utama Harimau Muda A

Harimau Muda bangkit melakukan asakan bertali arus namun banyak percubaan berjaya dinafikan oleh pertahanan Kelantan dan juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Kelantan yang bermain sedikit bertahan mendapat gol kedua menerusi S.Chanturu yang berjaya melepasi perangkap "offside" sebelum menewaskan penjaga gol Harimau Muda A.

Kelantan yang selesa di depan 2-0 hasil gol awal sedikit memperlahankan tempo permaianan. Kealpaan pertahanan Kelantan pada minit-minit akhir separuh masa pertama akhirnya membawa padah, apabila Irfan Fazail bijak menyempurnakan peluang terhidang untuk merapatkan kedudukan 2-1. Separuh masa pertama berakhir dengan 2-1.

Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling melancarkan ke kubu lawan namun tiada gol terhasil. S.Chanturu memiliki sekurang-kurangnya dua peluang terhidang namun gagal disempurnakan dengan baik. Di minit-minit akhir perlawanan, Harimau Muda A mengasak Kelantan dengan asakan bertali arus, namun gagal membuahkan hasil. Keputusan penuh perlawanan, Kelantan menang 2-1.

Ultras Kelantan - The Red Mania


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger