Sathia balas budi Kelantan!

Sunday, April 10, 20111comments




Video Temuramah bersama B.Sathianathan

Suatu ketika dahulu, pernah kedengaran laungan "buang Sathia!", "pecat Sathia" setiap kali Kelantan mengalami kekalahan atau seri pada satu-satu perlawanan. Ketika itu, keupayaan Sathia diragui oleh rata-rata penyokong Kelantan yang tidak berpuas hati dengan corak permainan yang taktikal yang diterapkan Sathia ditambah pula latar belakang beliau yang dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai jurulatih negara.

Namun, segalanya berubah apabila B.Sathianathan berjaya membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010, buat julung kalinya. Ternyata, pertaruhan Tan Sri Annuar Musa "mengutip" jurulatih itu merupakan satu tindakan yang bijak. Malah, kesabaran B.Sathianathan menghadapi ujian dan cabaran akhirnya terbalas, apabila berjaya membentuk satu pasukan yang digeruni dan dicemburui ramai.


"Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Tidak lama selepas tu, B.Sathianthan telah digantung 6 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana satu kenyataan beliau di media. Kelantan yang tersepit, akhirnya terpaksa terpaksa melantik jurulatih baru bagi menggantikan B.Sathianathan dan Datuk M.Karathu dipilih untuk menjadi ketua jurulatih. Namun, Tan Sri Annuar Musa dan KAFA sekali lagi bertindak bijak menyelamatkan "periuk nasi" B.Sathianthan dengan melantik beliau sebagai CEO di Academy Al-Hamra Red Warriors (ARMY) berkuat kuasa serta merta, pada ketika itu. Dan kini, beliau sedang sibuk mengendalikan akademi bola sepak untuk mencungkil bakat-bakat muda.

Tempoh penggantungan B.Sathianathan akan tamat pada bulan Julai ini. Selepas itu, masih lagi menjadi tanda tanya adakah beliau akan terus kekal sebagai CEO di Academy Al-Hamra Red Warriors (ARMY) atau kembali menjadi jurulatih? Apabila ditanya mengenai isu itu, beliau menyatakan, pasukan Kelantan sekarang berada dalam keadaan baik di bawah bimbingan jurulatih, Datuk M.Karathu dan beliau hanya membantu dari luar. Dan jika semuanya berada dalam keadaan baik, mustahil untuk beliau "merampas" kedudukan M.Karathu sebagai ketua jurulatih Kelantan. Beliau akan meneruskan tugas beliau sebagai CEO di Akademi, untuk mencungkil bakat-bakat baru.


Namun tambah beliau, jika beliau mendapat tawaran dari luar, beliau akan membuat keputusan ketika beliau mendapat tawaran. Beliau juga tidak menafikan bahawa beliau ada menerima tawaran dari kelab luar, seperti dari negara Myammar namum beliau terpaksa berfikir dua tiga kali sebelum membuat keputusan. Menurut beliau, buat masa ini, beliau akan kekal di Kelantan untuk membantu mencungkil bakat-bakat baru dan beliau juga terhutang budi dengan Kelantan. Beliau turut menyatakan di Kelantan terdapat ramai bakat-bakat baru untuk diketengahkan.

Kini, nama B.Sathianthan telah diangkat di Kelantan. Jasa beliau membentuk satu pasukan yang digeruni lawan dan kejayaan beliau membawa pulang Piala Malaysia buat julung kalinya ke bumi Kelantan, akan terus segar terpahat di hati dan ingatan penyokong Kelantan sampai bila-bila. Semoga Sathia akan terus kekal mewarnai dunia bola sepak di Kelantan. Good Luck Sathia.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 22, 2011 at 3:51 PM

ore kelate biso main bola tp gak xdok sarana hok molek nk ketengahkan bakat2 hok ado..ni ado ARMY insyallah akan timbul la nama2 yg akan ore pande d mata dunio..AMin...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger