Tahukah Anda? Fakri Saarani.......

Saturday, November 19, 20112comments


Ahmad Fakri Saarani - from Zero to HERO

Tahukah anda bahawa Ahmad Fakri Saarani merupakan pemain bolasepak Malaysia yang bermain untuk Negeri Sembilan dalam Liga Super Malaysia 2011. Beliau merupakan pemain yang boleh bermain di posisi sayap dan serangan.

Ahmad Fakri Saarani lahir pada 8 Julai 1989 di Kota Bharu, tetapi membesar di Batu Gajah. Beliau membuat penampilan pertama untuk Perak dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 24 March 2007. Di dalam perlawanan itu, Ahmad Fakri Saarani menjaringkan "hatrik" dan satu "assist" dengan pasukan beliau menang dengan jaringan 5-1.


REKOD SUKAN SEA

Tahukah anda, Ahmad Fakri Saarani pernah menjaringkan gol kemenangan Malaysia ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Thailand pada Sukan Sea 2009 sekaligus membantu Malaysia layak ke separuh akhir dan menyingkirkan Thailand dari layak. Dan hari ini, sekali lagi Ahmad Fakri Saarani muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal untuk Malaysia layak ke Final menyingkirkan Myanmar di separuh akhir.

2009 : MALAYSIA 2-1 Thailand | Malaysia layak ke Separuh Akhir Sukan Sea 2009 (Pingat Emas)
*52' Arthit Suntornpanavej (Thai)
*81' Mohd Nasriq Baharom (Mas)
*89' FAKRI SAARANI (Mas)

2011 : MALAYSIA 1-0 Myanmar | Malaysia layak ke Final Sukan Sea 2011
*85' FAKRI SAARANI

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 20, 2011 at 1:01 AM

Walau apa pun ulasan yg admin bagi untuk fakri , bg saya..dia bukan laa seorang pemain bola yang boleh di harap2kan sebagai penyerang..walaupun dia telah ditakdirkan menjadi penyelamat keadaan bagi pasukan malaysia.

Sepatutnya dalam sukan apa pun, prestasi pemain mesti dinilai dr awal penglibatan pemain hingga ke hari ini..dan bukan pd malam / hari dia menjadi hero...Seperti seorang bos menilai prestasi pekerja bawahannya untuk kenaikan gaji / pangkat. Bos tak tengok apa yg dia buat semalam, kelmarin, etc..tp keseluruhan.


Tengok saja pd Izzaq Faris, lepas menjaringkan gol ketika lawan kemboja ke thailan..lupa pulak.., terus OKS meletakan dia pemain utama pd game seterusnya..dan hasilnya apa...nothing..malah OKS telah mengeluarkan pemain ini untuk di ganti dengan Fakri..dan kemasukan pemain ini pun sama saja..tk lebih ..tk kurang pun dengan Izzaq Faris.

Pemain TRW musim 2011 pun ada yg mempunyai persamaan dengan Izzaq Faris ...iaitu Khalid Jamlus. Nk tengok cara pemainan Izzaq, tengok Khalid..begitu laa sebaliknya. Kedua2 pemain penyerang ini tidak dapat menggunakan peluang didepan pintu gol.

Sudah tak de lagi ker pemain muda bawah 23 tahun yg berkaliber dan hebat dari negeri kelantan, tganu..selangor dan negeri2 lain. ..

Anonymous
November 24, 2011 at 8:46 AM

btl..fakri tiada bakat sebagai seorang penyerang tp bakat sebagai pemungut kad ada la..OKS kena cari penyerang lain..kt tgk semasa sukan sea, pemain tengah dan pertahanan sudah terbaik tetapi bl menyerang..hampeh...Sy tgk bnyk pemain piala presiden yang berbakat..OKS kena turun padang cari permain baru yang ramai berbakat dan berkaliber mcm nazmi tu...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger