Sukan Sea 2011 | Malaysia Mudah Tewaskan Kemboja

Sunday, November 13, 20110 comments


Nazmi Faiz, 17 tahun, beraksi cemerlang di jentera tengah.
credit photo : Bolasepak Malaysia

Terlalu ambil mudah! Itulah kesimpulan yang bermain di fikiran setelah melihat aksi hambar pasukan negara walaupun menang dengan jaringan 4-1. Pasukan Kemboja dilihat cukup mudah diratah, namun aksi yang kurang meyakinkan anak buah Ong Kim Swee sedikit menggusarkan apatah lagi Malaysia akan berdepan Indonesia dalam pertemuan penting, Khamis ini.

Skuad negara yang menjadi pilihan untuk menang, memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia seawal minit ke-7 menerusi tandukan selepas menerima hantaran lintang dari Yong Kuang Yong. Selepas mendapat gol pertama, skuad negara dilihat memperlahankan tempo perlawanan dan jarang mengasak ke kubu lawan.

Walaupun menguasai perlawanan, skuad negara gagal menguji penjaga gol Kemboja dengan cubaan berbahaya sehinggalah rembatan jarak jauh ketua pasukan, Baddrol Baktiar menerjah gawang Kemboja pada minit ke-35 untuk Malaysia selesa di depan, 2-0. Berselang empat minit kemudian, kem negara bertambah ceria apabila pertahanan lawan mengasari Izzaq Faris di dalam kotak penalti sekaligus dihadiahkan sepakan penalti. Ketua pasukan Malaysia, Baddrol Baktiar mudah menyempurnakan sepakan panalti tersebut untuk meletakkan Malaysia 3-0 di depan. Tamat separuh masa pertama, kedudukan kekal, Malaysia 3-0 Kemboja.

Bermula separuh masa kedua, pasukan negara seolah-olah kehilangan punca dengan penguasaan bola tiba-tiba beralih kepada pasukan Kemboja. Kelalaian skuad negara akhirnya dihukum apabila penyerang Kemboja berjaya melepasi pertahanan lawan sekaligus melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat. Gol itu menyuntik semangat pemain Kemboja untuk terus menyerang, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila gagak menemui sentuhan penyudah.

Tertekan dengan situasi itu, Malaysia cuba mengatur beberapa serangan balas, dah hasilnya, keadaan kelam kabut di depan pintu gol Kemboja berjaya disempurnakan oleh Wan Zaharulnizam yang melepaskan satu sepakan cantik menerjah gawang Kemboja untuk gol ke-4 Malaysia pada minit ke-90. Akhirnya, Malaysia berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 4-1 walaupun gagal mempamerkan aksi yang sebenar.


Malaysia 4-1 Kemboja

*Izzaq Faris Ramlan 7"
*Baddrol Baktiar 35", 39"(penalti)
*Wan Zaharulnizam 90"





credit video : sokernet.com

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger