Sukan Sea 2011 | Perhitungan Harimau Malaya dan Garuda!

Thursday, November 17, 20110 comments


Info Perlawanan :

Sukan Sea 2011
Perlawanan Ke-4 peringkat kumpulan
Indonesia lwn MALAYSIA
17 November 2011
Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
08.00 malam | Siara Lansung Astro Arena


"Oh Malaysia..... Kita Bersaudara...
Oh Malaysia..... Satukan Jiawamu...
Selamanya Harimau Malaya!
Selagi Kita Bernyawa...
Oh Malaysia... Kau Kebanggaanku..."

Walaupun perlawanan bolasepak Sukan Sea 2011 masih belum memasuki peringkat separuh akhir, perhitungan dua pasukan seteru, Malaysia dan Indonesia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dilihat cukup "panas" apatah lagi perlawanan itu bakal menentukan kedudukan selaku Juara kumpulan.

Malaysia selaku juara bertahan, sudah pasti mahu mengetepikan ego pasukan tuan rumah, Indonesia yang setakat ini cemerlang dengan rekod menang semua perlawanan peringkat kumpulan dengan menewaskan Kemboja, Singpura serta Thailand. Manakala rekod skuad Malaysia dilihat sedikit tidak bernasib baik apabila sekadar seri menentang pasukan Singapura walaupun berjaya mengatasi Thailand dan Kemboja.

Perlawanan menentang Indonesia di arena lawan, Stadium Gelora Bung Karno malam ini bakal menentukan sama ada Malaysia mampu mencalarkan rekod cemerlang Indonesia sekaligus muncul juara kumpulan atau sekadar berpuas hati sebagai naib juara kumpulan.

Kecemerlangan Nazmi Faiz mengemudi jentera tengah sekali lagi ditagih.

Di posisi serangan, ketajaman dua penyerang Indonesia, Patrich Wanggai dan Titus Bonai sudah pasti bakal menjadi duri dalam daging kepada pasukan Malaysia jika kedua pemain ini gagal dikekang. Manakala bagi skuad Malaysia pula, kekebalan kubu pertahanan yang diketuai oleh Muslim Ahmad dan Fadhli Shas disamping kecekapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dilihat sebagai kunci utama yang mampu mengecewakan Indonesia di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

Mampukan Harimau Malaya mematahkan sayap sang Garuda ataupun sang Garuda bakal terbang tinggi meninggalkan Harimau Malaya di bawah?


Kesebelasan Kemungkinan :
Khairul Fahmi Che Mat (Apex), Fandi Othman, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Ashrarudin Putra, Syahrul Azwari, Nazmi Faiz, Irfan Fazail, Wan Zaharul Nizam, Baddrol Baktiar (C), Izzaq Faris Ramlan.


Credit Photo : Bolasepak Malaysia

Video Final Sukan Sea 2009 | Malaysia 1-0 Vietnam | Pingat Emas untuk Malaysia

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger