Tarikh tutup permohonan menjadi wakil jualan barangan KAFA dilanjutkan!

Tuesday, November 15, 20110 comments


Berita baik untuk sesiapa berminat tetapi masih belum sempat membuat permohonan untuk menjadi wakil jualan rasmi barangan KAFA jenama "Warriors"!! Anda masih lagi berpeluang untuk menghantar permohonan tersebut apabila tarikh tutup permohonan dilanjutkan kepada 27 November 2011. Sila baca info dibawah.


Anda berminat untuk menjadi wakil jualan barangan rasmi keluaran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk musim 2012? Untuk makluman anda semua, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah membuka peluang kepada umum untuk mendaftar/memohon sebagai wakil jualan yang sah.

Kepada yang berminat untuk menjadi wakil jualan rasmi KAFA, anda bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh didapati mulai sekarang di Wisma KAFA dan The Red Warriors Station @ KTC. Anda juga boleh mendapatkan borang secara online, dengan memuat turun borang tersebut di laman web rasmi KAFA (www.theredwarriors.com), ataupun di blog ini (www.wawanfaiz.com).

Yuran pendaftaran untuk menjadi wakil jualan ialah sebanyak RM50. Satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan (SSM) juga hendaklah dilampirkan bersama. Semua borang permohonan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya sebelum 27 November 2011. Satu taklimat khas akan diadakan yang telah mendaftar.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung wakil jualan barangan rasmi KAFA, bolehlah berhubung dengan En.Anuar di talian 019-926 0157 atau terus ke pejabat KAFA, 09-766 6360.

DOWNLOAD BORANG (klik disini)

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger