B. Sathianathan nafi Letak Jawatan!

Monday, January 24, 20110 comments


Terbaru, jurulatih pasukan The Red Warriors, B.Sathianathan menafikan desas-desus mengenai isu peletakan jawatan beliau dalam pasukan itu sejurus beliau dijatuhkan hukum pergantungan 6 bulan oleh FAM. Menurut kenyataan beliau di dalam ASTRO ARENA, 7.30 sebentar tadi, beliau menafikan beliau belum pun meletakkan jawatan sebagai pengendali skuad The Red Warriors dan beliau hanya menyatakan beliau hanya digantung oleh FAM. Mengenai status beliau dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan, semuanya akan diputuskan dalam mesyuarat bersama Tan Sri Annuar Musa dan KAFA tidak lama lagi.

Sementara itu, menerusi laman sosial Facebook, Tan Sri Annuar Musa memeberitahu, satu menyuarat tergempar bersama pengurusan KAFA akan diadakan pada malam ini dan beliau akan membuat kenyataan rasmi di Pejabat SUK KELANTAN jam 12 tengah hari esok.


Kenyataan Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook beliau.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger