Azraai Khor Ganti B. Sathianathan?

Monday, January 24, 20113comments

Azraai Khor ganti B.Sathianathan?

Belum lagi reda dengan isu jurulatih The Red Warriors, B.Sathianathan digantung 6 bulan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), timbul desas-desus beliau meletak jawatan serta merta namun telah dinafikan beliau di dalam Nadi Arena sebentar tadi. Belum pun reda dua isu itu, kini timbul spekulasi baru yang menyatakan bekas pengedali Kedah dan juga pasukan Malaysia., Azraai Khor bakal dilantik sebagai jurulatih baru pasukan The Red Warriors.

Mengikut satu artikel dari blog Malaysia Sport's Loose Cannon tulisan blogger sukan terkenal, saudara Muhammad Rizal Hashim, beliau menyatakan Azrai Khor bakal menggantikan B.Sathianathan sebagai jurulatih pasukan Kelantan. Dalam petikan dari blog beliau yang berbunyi, "...... digantung 6 bulan berkuat kuasa serta merta dan digantikan oleh Azraai Khor Abdullah, bekas pengendali Kedah yang memenangi treble sebanyak dua musim berturut-turut". Jika melihat apa yang ditulis oleh beliau, ternyata Azraai Khor hampir pasti akan menggantikan B.Sathianathan selaku jurulatih utama pasukan The Red Warriors.

Tidak cukup dengan itu, di akhir artikel beliau, beliau menulis, "esok, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan pelantikan Azraai selaku peganti Sathianathan. Azraai dinasihat menerima pampasan yang ditawarkan FAM dan terus kemas beg untuk ke Kota Bharu". Jika segalanya benar, apa nasib yang bakal menimpa B.Sathianathan?

Kenapa Azraai Khor? Azraai Khor mungkin dinilai dari rekod yang lepas dimana beliau pernah membawa kedah menjulang "treble" sebanyak dua kali berturut-turut. Tapi harus di ingat, rekod terbaru beliau ketika melatih pasukan Harimau Muda di Slovakia tidak sebaik ketika dia melatih Kedah. Mungkin juga beliau dilantik kerana Kelantan tidak punya pilihan jurulatih lain yang benar layak untuk menggantikan B.Sathianathan dalam masa yang terdekat, iaitu 5 hari sebelum sepak mula Piala Sumbangsih dan juga Liga Super 2011.

Apa pula nasib B. Sathianathan? Beliau telah menafikan bahawa beliau telah meletak jawatan berkuat kuasa serta merta di dalam NADI ARENA, tidak sampai 2 jam yang lepas, namun sekarang timbul pula pelantikan Azraai Khor Abdullah? Jika benar, Azraai dilantik, Kelantan seolah-olah mempunyai dua jurulatih dalam masa yang sama. Namun, keputusan KAFA mengenai status B.Sathianathan hanya akan diumumkan tengah hari esok selepas mesyuarat tergempar diadakan oleh Tan Sri Annuar Musa dan pegawai pada malam ini. Dan mengikut spekulasi, esok juga dijangka Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan pelantikan Azraai Khor sebagai jurulatih baru The Red Warriors bagi menggantikan kerusi panas yang belum pun ditinggalkan oleh B.Sathianathan secara sah. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari Tan Sri Annuar Musa esok.


**Artikel dari Malaysia Sport's Loose Cannon yang menyatakan Azraai Khor menggantikan B.Sathianathan, tulisan saudara Muhammad Rizal Hashim. Sila (klik)



Share this article :

+ comments + 3 comments

January 24, 2011 at 10:26 PM

pertamanya:
kawe nk tanya bakpo blog demo slow utk loading? internet kawe ko hok slow?

keduanya:
demo ado oyak dale FB, kt malaysia hanya ado duo orang coach yang bagus, sathia dengan raja. boleh hurai lagi? mungkin boleh buat entry baru, bakpo demo suko sathia dengan raja. kawe tunggu tulisan demo.

ketiga dan terakhir:
kes azrai dengan FAM belum settle. boleh ko kelate ambik azrai? ataupun boleh jah amik dio buat sementara? kawe tak berapa jelas.

January 25, 2011 at 1:32 PM

Pertama :
Slow loading kes tenet demo slow dan page ni berat skit sbb banyak gambar.

Kedua : Simple kawe jawab, Sathia & Raja dua coach yang mempunyai cara yang berbeza. Tapi keduanya memiliki permainan taktikal yang baik. mengikut rekod juga, Sathia telah berjaya membawa Malaysia menjulang pesta bola merdeka, tapi sayangnya dipecat oleh FAM sedangkan dia baru saja membina skuad. Lihat saja pasukan Kelantan, dulu Sathia dicemuh, dikritik,namun TSAM memberi peluang utk dia membina pasukan, then kita dapat lihat hasilnya. Raja, rekod dia bersama Kelantan pun bagus, and lihat cara dia naikkan pemain muda. Coach lain, siapa? Azraai? He's nothing. Nidzam Adha lagi bagus. (Ni kawe jawab pendek jah, sbb xde masa lagi utk artikel baru, lagipun skrg tgh panas dgn isu lain)

Ketiga :
Ni satu, FAM bangan. Dah xnak pakai Azraai, tapi still kongrak terikat. Azraai duk FAM makan gaji buta jew. xbuat keja pun sbb xde keja, tapi gaji jalan. Skrg ni Malaysia ibarat ada dua coach la. Azraai still terikat ngan kontrak n KAFA, azraai kena berunding lah dgn FAM kalo nak amik azraai. Tapi bagi kawe, Kelantan xperlukan Azraai. Dia gah pada nama kerana rekod dia. Itupun bg kawe, nothing. Kawe lebih suka Nidzam Adha latih kelantan buat semementara sebelum sathia kembali. Sathia harus diberi cuti 6 bulan. tu pandangan kawe.

January 25, 2011 at 7:10 PM

bereh... jelas molek boh...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger