The "Happy" Warriors !!

Monday, January 24, 20110 comments


kredit gambar : Kosmo Online!

Syarikat jenama prabayar,"Happy" sah menjadi penaja utama pasukan The Red Warriors dengan tajaan bernilai jutaan ringgit namun nilai tajaan tersebut dirahsiakan. Selain dari "Happy", pasukan The Red Warriors juga mempunyai 6 lagi penaja lain iaitu Al-Hamra, Umbro, Al-Jaabar, Sinar Harian, TRW Station dan juga Yusmira Trading yang turut memberi sumbangan. Ini secara tidak lansung mengukuhkan lagi kewangan KAFA dan memberi suntikan untuk pasukan The Red Warriors untuk bersaing dalam Liga Malaysia musim 2011.

Majlis mementerai dokumen perjanjian telah diadakan di Kota Bharu Trade Centre semalam, 23 Januari 2011. "Happy" bukan sahaja menjadi penaja utama pasukan The Red Warriors, malah "Happy" juga merupakan rakan kongsi dalam program pembangunan akar umbi bola sepak Kelantan. Ini merupakan satu tajaan dan perjanjian yang cukup baik untuk kedua-dua pihak terutamanya untuk kemajuan bola sepak Kelantan.



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger