Sathia Letak Jawatan?

Monday, January 24, 20110 comments



Gempar!! Dikhabarkan jurulatih pasukan The Red Warriors B.Sathianthan meletak jawatan secara mengejut yang berkuat kuasa serta merta ekoran tindakan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak menggantung beliau selama 6 bulan bermula 24 Januari 2011 sehingga 23 Julai 2011. Ini merupakan kes terdahulu dimana beliau diheret ke Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik FAM di media mengenai isu vanue perlawanan melibatkan pasukan Perlis menentang Terengganu.

Sebelum ini, atas kes itu juga, beliau telah dijatuhkan hukuman pergantungan selama enam bulan, sehari sebelum separuh akhir kedua menentang Kedah dalam kempen Piala Malaysia tahun lepas, namun beliau berjaya membuat rayuan untuk menangguh kes untuk kembali bersama pasukan di Final Piala Malaysia. Namun dikhabarkan hari ini, Jawatankuasa Rayuan FAM telah memutuskan B. Sathianathan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman pergantungan selama 6 bulan berkuat kuasa serta-merta. Dan ekoran dari itu B. Sathianathan membuat keputusan drastik dengan meletakkan jawatan beliau sebagai jurulatih pasukan The Red Warriors.

Adakah ini sekali lagi propanganda menjatuhkan pasukan Kelantan di saat Kelantan memerlukan khidmat beliau kerana pasukan Kelantan akan menentang Selangor pada Piala Sumbangsih 29 Januari ini? Ataupun tarikh keputusan ini hanya kebetulan? Besar sangatkah salah B.Sathianathan sedangkan komen beliau di media adalah berasas! Kebal nya FAM sehingga tidak boleh dikritik. Pantang dicuit, mula melatah dan menjatuhkan hukum yang tidak sepatutnya.

Namun penulis mengharapkan isu peletakan jawatan ini tidak benar dan akan dinafikan B. Sathianathan mahupun KAFA sendiri. Kerana kehilangan B. Sathianathan sangat merugikan pasukan. Memang relevan bagi B. Sathianatan untuk meletak jawatan kerana tidak mahu persiapan pasukan terjejas kerana beliau digantung selama 6 bulan, dan tindakan itu wajar dipuji atas dasar profesional beliau, namun bagi penulis, jasa beliau sebelum ini cukup kuat untuk mengekalkan jawatan beliau. Cukuplah jika KAFA mencari peganti sementara, hanya untuk enam bulan sahaja sebelum beliau kembali dari pergantungan. Kita biarkan FAM dengan keputusan yang "terlalu adil" ini, ayuh kita sokong B. Sathianathan untuk terus menerajui pasukan Kelantan. Gomo Kelate Gomo!!


Reaksi TSAM di Facebook beliau :



**Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari KAFA!!


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger