Ini Belog Wawan Faiz

Monday, January 17, 20110 comments



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah dua tiga hari bertungkus lumus menyiapkan belog baru ni, akhirnya siap juga. Penat juga nak siapkan belog yang tak seberapa ni. Tapi gembira sangat-sangat dan puas hati dengan "layout" idea dan kerja tangan sendiri dibantu oleh "mr.Google" & tanya kawan-kawan. Terima kasih kepada Namy Rashid & Tengku Puteri Sarbiene yang memberi sedikit sebanyak bantuan dalam menyiapkan "Ini Belog Wawan Faiz", belog yang menggunakan Bahasa Melayu.

Dunia "blogger" tidak asing lagi bagi WF, tapi WF sudah lama berhenti menulis dalam belog sendiri yang sudahpun ditutup. Namun, WF masih lagi skodeng belog kawan-kawan yang lain. Sekarang WF mahu kembali dalam dunia "blogging" dengan belog baru ini. Insya'ALLAH, WF akan cuba menulis dari masa ke semasa mengenai kehidupan, perasaan, cinta, berita, gosip, sukan, hiburan dan sebagainya. Bagi yang menyukai belog WF, anda dialu-alukan untuk terus membaca, tapi bagi yang tak suka, anda digalakkan untuk tidak membaca. :)

Akhir kata dari WF, selamat datang ke "Ini Belog Wawan Faiz" dan selamat membaca. Sekian Terima Kasih.



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger