Tolong Ingatkan Aku

Monday, January 17, 20110 comments

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Juara AJL ke-25


JUARA AJL KE-25

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Ana Raffali di atas kemenangan di Anugerah Juara Lagu yang ke-25. Sesungguhnya, lagu Tolong Ingatkan Aku yang ditulis dan dicipta sepenuhnya oleh Ana Raffali cukup kuat untuk memenangi anugerah yang berspestij itu walaupun tidak dijangka. AJL ke-25 cukup bermakna bagi gadis cantik manis berumur 26 tahun ini dan juga kumpulanya The Marhaens setelah lagunya Tolong Ingatkan Aku mendapat pengiktirafan dari AJL untuk menjuarai edisi yang ke-25. Tahniah diucapkan.


"Fan Page" di Facebook yang tidak setuju kemenangan Ana Raffali


KEMENANGAN DINAFIKAN

Sejurus sahaja lagu Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai Juara Lagu edisi ke-25, terus tercipta satu "fan page" di FB yang berbunyi "Kami Tidak Setuju Ana Raffali menang AJL25" dan macam-macam lagi. Ternyata, kemenangan Ana Raffali tidak disenangi oleh kebanyakan peminat. Mana tidaknya, Ana Raffali merupakan penyanyi baru yang dicungkil bakatnya oleh Aidit Alfian menerusi You Tube, sedangkan nama-nama besar seperti Faizal Tahir, Black, Shahir, Adira, Hafiz, Hujan, Meet Uncle Hussain dan ramai lagi tewas ditangan penyanyi muda ini.

Namun, bagi WF, kemenangan Ana Raffali tetap diiktiraf kerana juri-juri yang mengadili AJL25 bukan calang-calang orangnya. Ianya diketuai oleh M.Nasir yang bertindak sebagai Ketua Juri, Azmeer, Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy Search dan juga Andy Flop Poppy. Mereka adalah pakar dalam penghasilan lagu dan juga lirik. Dan disini juga WF ini menegaskan, Anugerah Juara Lagu adalah anugerah yang mengiktiraf lagu, lirik dan melodi, bukannya populariti seseorang penyanyi. Jadi kemenangan Ana Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku tidak perlu dipertikai lagi kerana lagu itu mempunyai susunan musik yang baik ditambah pula dengan lirik yang menarik. Sekali lagi WF ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ana Raffali.




Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger