M. Karathu diterima penyokong!

Wednesday, January 26, 20110 comments

Dato' M.Karathu, jurulatih baru pasukan Kelantan


Setelah semuanya terjawab, Dato M.Karathu sah menjadi jurulatih baru pasukan The Red Warriors berkuat kuasa mulai esok, keputusan itu disambut gembira oleh penyokong-penyokong pasukan Juara Piala Malaysia 2010 itu. Hal ini secara tidak langsung melegakan debar di dada penyokong kerana pasukan The Red Warriors berdepan masalah tidak dibenarkan beraksi untuk perlawanan Piala Sumbangsih menentang Selangor pada 29hb Januari ini, iaitu 3 hari lagi dari tarikh hari ini, jika tidak melantik jurulatih baru. Pelantikan Dato' M. Karathu memenuhi "syarat" yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menetapkan dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan jurulatih yang mempunyai lesen kelas "A" untuk melayakkan pasukan bertanding.

Dato' M.Karathu yang juga bekas pengendali Perak hanya mempunyai tempoh satu hari sahaja untuk melatih pasukan sebelum sepak mula Piala Sumbangsih menentang Selangor di Shah Alam, sabtu ini kerana skuad The Red Warriors akan berangkat ke Shah Alam pada hari Jumaat. Tugas berat menanti pengendali baru itu untuk menyambung tugas yang "terpaksa" ditinggalkan oleh B.Sathianathan di saat-saat akhir ini. Namun, kredebiliti beliau diharap mampu memberi yang terbaik untuk pasukan seterusnya meraih kejayaan pada perlawanan sulong itu.

Sementara itu, seorang penyokong setia pasukan The Red Warriors yang dikenali sebagai Keyo Mujammil dikalangan rakan-rakan Facebook memberi sedikit komen mengenai pelantikan Dato' M.Karathu sebagai jurulatih baru. Beliau berkata, "semestinya saya gembira dengan pelantikan Dato' M.Karathu. Sebabnya satu.. TSAM ambil masa hanya sehari mendapatkan Dato' M.Karathu untuk mengambil alih tugas berkuat kuasa serta merta. Sebenarnya agak mustahil untuk mencari jurulatih berkaliber seperti Dato' M.Karathu dalam masa secepat ini. Jadi nampak gaya, Kelantan tetap akan bermain untuk Piala Sumbangsih sabtu ini. Dan "agenda" tersembunyi sesetengah pihak itu seolah-olah macam tidak berjaya setakat ini. Tapi semua warga The Red Warriors tahu dan yakin dengan kemampuan Dato' M.Karathu."



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger