Keadaan padang dan lampu limpah (terbaru)
Credit Photo : Wae San
Alhamdulillah. Setelah diduga bermacam-macam masalah, dengan pergantungan jurulatih B.Sathianathan, khabar gembira pertama menyusul apabila Kelantan mendapatkan khidmat jurulatih baru Dato' M.Karathu. Kini, satu lagi perkhabaran gembira buat pasukan The Red Warriors dan juga penyokong setia apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan keadaan padang dan juga lampu limpah di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Difahamkan keadaan padang berada pada tahap terbaik manakala lampu limpah pula pada tahap 925Lux, iaitu 125Lux melebihi tahap minimun yg ditetapkan oleh FAM, 800Lux.
Difahamkan sebelum ini pasukan The Red Warriors dijangka bermain pada sebelah petang gara-gara lampu Stadium tidak mencapai tahap piawaian. Pasukan juga kemungkinan terpaksa bermain di Stadium berkecuali jika keadaan padang gagal dipulihkan. Namun segalanya sudah selesai atas hasil usaha gigih Tan Sri Annuar musa dan KAFA menyelesaikan isu ini. Perkhabaran gembira ini secara tidak langsung menyuntik semangat pemain dan juga penyokong untuk aksi pertama Piala Sumbangsih menentang selangor, sabtu ini.
Tahniah Tan Sri Annuar Musa dan KAFA! Gomo Kelate Gomo!