Prebiu Perlawanan Sumbangsih : Selangor vs Kelantan

Saturday, January 29, 20110 comments


Menjelang sepak mula Piala Sumbangsih, awal-awal lagi kehangatan Liga Malaysia sudah dapat dirasai dengan pelbagai kontoversi dan sensasi yang melibatkan pasukan yang bertanding, terutamanya pasukan The Red Warriors. Bermula dengan isu padang dan lampu limpah, diikuti pula dengan pergantungan jurulatih The Red Warriors, B.Sathianathan, "3 Abdul" terlepas dari hukuman, pelbagai cabaran dan dugaan diharungi pasukan The Red Warriors.

Namun semua itu berjaya dilalui dan diatasi dengan baik oleh Tan Sri Annuar Musa selaku presiden KAFA dan KAFA sendiri, dengan pelantikan segera jurulatih baru, Dato' M.Karathu. Selain itu, KAFA dan perbadanan stadium juga berjaya menyelesaikan masalah padang dan lampu limpah dibantu oleh beberapa pihak lain.

Setelah semuanya selesai, sekali lagi pasukan The Red Warriors diuji apabila penyerang harapan pasukan, Norshahrul Idlan Talaha dijangka tidak dapat diturunkan menjelang sepak mula Piala Sumbangsih, malam esok. Melihat kepada kontoversi, sensasi yang dicipta oleh pasukan The Red Warriors, secara tidak lansung menghangatkan lagi Liga Malaysia untuk musim 2011 dimana kita dapat lihat, di dada-dada akhbar sekarang, terpampang berita-berita mengenai pasukan The Red Warriors.

Untuk pengetahuan umum, perlawanan Piala Sumbangsih ini bukan sekadar bagi merebut Piala, malah perlawanan ini juga mempertaruhkan 3 mata untuk Liga Super 2011. Sepanjang 90 minit perlawanan, jika keputusan masih lagi berkedudukan seri, maka satu mata akan diperolehi oleh kedua-dua pasukan untuk mata Liga Super, namun masa tambahan akan diteruskan untuk merebut Piala Sumbangsih. Jika mana-mana pasukan memenangi pertandingan dalam masa 90 minit, tiga mata mutlak akan diperolehi untuk Liga Super disamping Piala Sumbangsih yang dimenangi.

Untuk pertemuan kali ini yang melibatkan Juara Liga Super (dulunya Juara Piala FA sebelum peraturan "diubah"), Selangor dan juga Juara Piala Malaysia, Kelantan, sudah pasti ditunggu-tunggu oleh penyokong kedua-dua pasukan. Selangor, juara bertahan untuk kali kedua, sudah pasti akan cuba untuk mempertahankan Piala Sumbangsih ini dan memenanginya buat kali ketiga berturut-turut manakala pasukan Kelantan pula memburu kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Selangor dilihat mempunyai kelebihan kerana beraksi di laman sendiri ditambah pula pasukan itu dibarisi oleh enam pemain kebangsaan yang baru saja memenangi Piala AFF Suzuki iaitu penyerang berbisa Safee Sali, Amirul Hadi, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Asrarudin Putra Omar dan juga Razman Roslan. Manakala Kelantan hanya mempunyai 3 pemain kebangsaan iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan juga S Chanturu. Namun, Norshahrul dan S Chanturu tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Dari segi rekod pertemuan musim lepas pula, pasukan The Red Warriors dilihat mempunyai kelebihan. Ini kerana dalam empat pertemuan (dua dalam liga super dan dua dalam suku akhir Piala Malaysia), Kelantan memenangi satu daripadanya, dan tiga lagi keputusan seri. Kelantan mencatat kemenangan 3-0 dalam saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu dimana pada suku akhir pertama di Shah Alam, Kelantan mencatat keputusan sero 0-0. Manakala dalam dua pertemuan dalam saingan Liga Super 2010, Kelantan mencatat keputusan seri 1-1 di Kota Bharu dan 0-0 di Shah Alam.



KESEBELASAN KEMUNGKINAN SELANGOR

Di posisi penjaga gol, menjadi perebutan antara kedua-dua penjaga gol baru Selangor iaitu Saiful Amar Sudar dan juga Iqbal Suhaimi. Namun bedasarkan aksi persahabatan, Saiful Amar dilihat calon utama untuk mengisi slot benteng terakhir pasukan The Red Giants itu sementara Iqbal Suhaimi sebagai penjaga gol kedua. Manakala di posisi pertahanan, Selangor mempunyai dua pemain kebangsaan iaitu Razman Roslan dan juga Asrarudin Putra Omar. Kehilangan Khairul Annuar Baharom yang digantung tiga perlawanan mungkin akan digantikan oleh pemain bek kiri iaitu Asrarudin Putra manakala P Gunalan kekal di posisi bek kiri. Posisi bek kanan pula akan diambil oleh pemain baru dari Pahang iaitu Yosri Dermaraju.

Di bahagian jentera tengah pula, dilihat pasukan Selangor tidak mempunyai masalah kerana adanya ramai pemain berkualiti diposisi tersebut. Antaranya ialah, ketua pasukan negara, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Amirul Hadi, Hardi Jaafar, Buyamin Omar, Fitri Syazwan dan juga pemain baru, iaitu Azidan Sarudin yang juga bekas ketua pasukan Kuala Lumpur. K Devan mempunyai begitu banyak pilihan diposisi tengah dan beliau dijangka akan menggandingkan Amirul Hadi Zainal, Syafiq Rahim, Amri Yahyah dan juga Azidan ataupun Hardi Jaafar untuk empat orang di posisi tengah.

Jentera serangan pula, penyerang yang memenangi kasut emas di Piala AFF Suzuki lalu, Safee Sali sudah pasti diturunkan dalam kesebelasan utama dan bakal digandingkan dengan bekas penyerang KL Plus iaitu Fadzli Shaari. Manakala di banggu simpanan mereka mempunyai "super sub" iaitu Rudie Ramli, dan juga dua lagi pemain di posisi berkenaan iaitu S Sritharan dan juga K Depan Sakwati. Mereka ternyata tidak mempunyai masalah untuk meletakkan pemain di posisi serangan dan juga tengah.

Kesebelasan kemungkinan : 4-4-2
Saiful Ammar

Yosri | Razman | Asrarudin | P Gunalan

Amirul Hadi | Azidan | Safiq Rahim
Amri Yah Yah

Safee Sali | Fadzli Shaari

Simpanan : Iqbal Suhaimi , Hardi Jaafar, Buyamin Omar, Rudie Ramli, S Sritharan, K Depan Sakwati, Fitri Syazwan



KESEBELASAN KEMUNGKINAN KELANTAN

Penjaga gol nombor satu Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat tidak mempunyai masalah untuk diletakkan sebagai penjaga gol utama ketika menentang Selangor esok dan Shahrizan Ismail yang baru saja kembali bersama pasukan dijangka akan mengisi tempat selaku penjaga gol nombor dua mengetepikan Halim Napi sebagai penjaga gol ketiga. Kecemerlangan Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil "Apex", sudah pasti ditagih bagi memastikan pintu gol pasukan the Red Warriors tidak dibolosi oleh penyerang Selangor yang diketuai oleh pemenang kasut emas Piala AFF Suzuki lepas, Safee Sali.

Di posisi pertahanan pula, posisi pertahanan tengah masih menjadi tanda tanya. Posisi itu terlalu penting bagi memastikan pertahanan Kelantan berada dalam keadaan stabil dan tenang menghadapi serangan pasukan Selangor. Rizal Fahmi hampir pasti menjadi tonggak utama di bahagian pertahanan tengah, manakala perebutan antara tonggak berpengalaman Wan Rohaimi Ismail, S Subramaniam dan juga Farisham Ismail masih lagi terbuka untuk digandingkan dengan Rizal Fahmi diposisi berkenaan. Kecederaan S Subramaniam kini membuka peluang untuk Wan Rohaimi dan Farisham untuk merebut slot itu. Dijangka Wan Rohaimi Ismail akan dipilih untuk digandingkan dengan Rizal Fahmi berdasarkan pengalaman dan ketenangan beliau mengendali benteng pertahanan. Di posisi bek kanan pula, Daudsu dilihat akan mengisi posisi itu selain Farisham Ismail sebagai altelnatif kedua. Di bahagian bek kiri pula, Zairul Fitree merupakan pilihan utama untuk dimasukkan dalam kesebelasan manakala Aziz Ismail juga bersiap sedia untuk bermain di posisi itu.

Di jentera tengah, pasukan The Red Warriors dilihat mampu bersaing dengan Selangor di posisi itu. Walaupun Selangor dibarisi 3 pemain kebangsaan di jentera tengah, namun, nama Nurul Azwan Roya, Badri Radzi, K Soley, Shakir Shaari dan juga Danial Fadly dijangka mampu menyaingi dan mengimbangi kekuatan di posisi itu. Nurul Azwan Roya akan dijangka akan diletakkan di posisi sayap kiri manakala K Soley di sayap kanan. Di bahagian tengah bertahan pula, Shaakir Shaari dan juga Danial Fadly dijangka akan digandingkan untuk mengukuhkan lagi bahagian tengah sementara Ketua Pasukan Badri Radzi diberi lebih kebebasan untuk mengaturkan serangan ke kubu pasukan Selangor.

Kehilangan tonggak Norshahrul Idlan Talaha disaat-saat akhir akibat kecederaan lama berulang, memberi tamparan hebat kepada pasukan The Red Warriors. Kerana kini, Kelantan hanya mempunyai dua penyerang muda di posisi tersebut iaitu penyerang Piala Emas Raja-Raja Kelantan, Ramzul Zahini Adenan dan juga penyerang Liga Super musim lepas, Nizab Ayub. Sementara Khalid Jamlus dan juga S Chanturu masih lagi dalam senarai kecederaan. Jurulatih baru Kelantan, Dato' M.Karathu dijangka hanya akan meletakkan seorang striker di posisi serangan iaitu Ramzul Zahini sementara mengharapkan lima pemain tengah untuk membantu Ramzul Zahini untuk merobek kubu pasukan Selangor.


Kesebelasan kemungkinan : 4-5-1
Khairul Fahmi

Daudsu | Wan Rohaimi | Rizal Fahmi | Zairul

Shakir Shaari | Danial Fadly
K Soley | Badri Radzi (C) | Azwan Roya

Ramzul Zahini

Simpanan : Shahrizan Ismail , Farisham Ismail, Aziz Ismail, Khairan Eroza, Khairan Ezuan, Zulyusry, Nizab Ayub



**RAMALAN wawanfaiz.com : Selangor 0-2 Kelantan
**Gol : Ramzul Zahini (1), Azwan Roya (1)


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger