2 lawan 1 : Rizal Hashim dan Fina Nasrom pilih Selangor

Saturday, January 29, 20114comments


Menjelang sepak mula Piala Sumbangsih antara pasukan Selangor dan Kelantan, wawanfaiz.com telah mendapatkan pandangan dan komen dari dua individu yang berpengalaman dan dekat dengan bola sepak Malaysia. Mereka ialah blogger sukan terkenal yang juga salah seorang panel Kafe Sukan, saudara Muhammad Rizal Hashim dan juga seorang lagi gadis cantik molek, saudari Fina Nasrom yang bertugas sebagai "Sport's Journalist" di ASTRO ARENA. Berikut adalah jawapan yang diberi kepada wawanfaiz.com :


RIZAL HASHIM (Blogger Sukan, Malaysia Sport's Loose Cannon)

1. Pasukan manakah yang akan menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini?
  • Selangor

2. Sebab memilih pasukan itu?
  • Moral tinggi, adanya tonggak negara yang menang Piala AFF Suzuki, Safee, Safiq, Asrarudin, Razman, Amirul Hadi.

3. Jumlah jaringan yang diramal?
  • Selangor 2-1 Kelantan

4. Pemain yang dijangka menyerlah pada perlawanan ini?
  • Amirul Hadi, Safee, Norshahrul, S Chanturu

5. Kelebihan / kelemahan bagi pasukan Selangor dan juga Kelantan?
  • Kelebihan Selangor - Moral dan semangat tinggi, pengalaman pemain, Safee yang sedang "form", nak balas dendam tewas suku akhir Piala Malaysia 2010. "Pre-season" yang bagus di Perth.
  • Kelemahan Selangor - Sama ada Iqbal Suhaimi atau Saiful Amar dapat jadi penjaga gol nombor satu dengan konsisten.

  • Kelebihan Kelantan - Lebih teknikal daripada Selangor. Reputasi Juara Piala Malaysia. Adanya penjaga gol yang sekarang ini cukup yakin, Khairul Fahmi Che Mat, serta penyerang terbaik Mat Yo. Sokongan penaja tunjukkan Kelantan antara pasukan yang hangat di pasaran.
  • Kelemahan Kelantan - Moral merusdum selepas B.Sathianathan digantung. Terlalu bergantung kepada Mat Yo, S Chanturu serta Piya selepas kehilangan Hairudin, Indra Putra dan Akmal Rizal. Juga sama ada jurulatih baru, Dato' M.Kharathu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, tekanan dan mengurus pemain.

6. Adakah kehilangan coach B.Sathianathan disaat akhir akan merencatkan persiapan pasukan?
  • Kehilangan B.Sathianathan sudah tentu merencatkan persiapan dan moral pemain. Bayangkan lagi enam hari hendak bersiap untuk sepak mula. Sathia membawa "team" ke puncak kejayaan dan sudah ada "chemistry" dengan pemain. Sekarang bergantung kepada sama ada coach baru cepat dihormati atau disegani pemain serta berjaya menterjemah percaturan taktikal di padang.



FINA NASROM (Wartawan ASTRO ARENA)


1. Pasukan manakah yang akan menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini?
  • Selangor

2. Sebab memilih pasukan itu?
  • Persiapan yang berjalan lancar, serta prestasi yang memmberangsangkan dalam "pre-season" di Perth, Australia menambahkan lagi keyakinan yang dimiliki Selangor sekarang ini, secara keseluruhan, tumpuan dan fokus pemain lansung tidak terganggu malah dengan setiap kontroversi yang melanda pasukan lawan menanmbahkan lagi rasa optimis pemain Selangor untuk mempertahankan Piala Sumbangsih musim ini.
  • Seperti sedia maklum, persiapan Kelantan tidak berjalan seperti apa yang dirancangkan, bermula dengan masalah tempat latihan, kurangnya perlawanan persahabatan, kehilangan "tiga abdul", kontroversi pertukaran jurulatih dan terbaru Mat Yo menegaskan tidak berada dalam kondisi terbaik untuk menghadapi perlawanan.
  • Kelantan kena akui mereka turun sebagai pasukan "underdog", dan juka pemain mampu "set mind" macam tu, mungkin tekanan untuk meraih Piala Sumbangsih buat pertama kali dapat dikurangkan.

3. Jumlah jaringan yang diramal?
  • Selangor 1-0 Kelantan

4. Pemain yang dijangka menyerlah pada perlawanan ini?
  • Khairul Fahmi Che Mat (Apex) - Prestasi cemerlang penjaga gol Kelantan ini memang konsisten sejak dari Sukan Asia lagi. Apex mungkin menerima asakan bertali arus dari Selangor tapi dengan pengalaman yang sudah dikutip dalam dua kejohanan besar tahun lepas mungkin banyak membantu pemain kecil molek itu. Apa yang pasti apek akan dikerah untuk berkerja keras pada malam esok.

5. Kelebihan / kelemahan bagi pasukan Selangor dan juga Kelantan?
  • Kelebihan Selangor - Bermain di laman sendiri, juara bertahan Piala Sumbangsih, semua kesebelasan utama dalam keadaan terbaik (tiada kecederaan). Safee dalam "mood" terbaik ketika ini.
  • Kelemahan Selangor - Safee sali sedikit terganggu kerana hasrat untuk beraksi di negara jiran masih belum diputuskan FAS dan menjangkakan jumlah kehadiran penyokong Kelantan adalah lebih ramai dari penyokong Selangor.

  • Kelebihan Kelantan - Turun sebagai pasukan "underdog" beri kurang tekanan.
  • Kelemahan Kelantan - Jika dilihat dari segi persiapan, Kelantan gagal memastikan yang terbaik jika dibandingkan dengan Selangor, faktor kepenatan dan tidak sempat menguji padang di Stadium Shah Alam.

6. Adakah kehilangan coach B.Sathianathan disaat akhir akan merencatkan persiapan pasukan?
  • Memang beri "deep impact' dan saya berani jamin, 50% mental pemain dah mula meragui kehebatan Kelantan pada musim ini, pertukaran coach sudah pasti membawa corak permainan dan taktikal yang berbeza dari tahun lalu. Sebagai contoh, kecederaan Mat Yo- Secara terang-terangan Mat Yo menyatakan hasrat untuk bagi dia berehat, tapi berdasarkan hasrat M.Karathu, dia mahukan Mat Yo beraksi walaupun Mat Yo tidak "fit" 100% atas padang. M.Karathu mengambil alih tampuk kejurulatihan Kelantan ketika Kelantan berada di tahap terbaik, sama ada M.Karathu mampu memastikan apa yang sudah dicapai terus konsisten dan bercambah atau dia mungkin akan mengalami sedikit "strees".



WAWAN FAIZ (Blogger Sukan www.wawanfaiz.com)

1. Pasukan manakah yang akan menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini?
  • Kelantan

2. Sebab memilih pasukan itu?
  • Reputasi sebagai Juara Piala Malaysia. 90% pemain pasukan itu merupakan anak jati Kelantan dan sudah semestinya semangat melebihi segalanya dan pasukan Kelantan juga akan mendapat sokongan yang padu dari penyokong setia The Red Warriors walaupun beraksi di arena lawan. Kelantan mempunyai kelebihan di benteng terakhir pasukan dengan adanya penjaga gol nombor satu Malaysia yang baru sahaja menjulang kujuaraan Piala AFF Suzuki, iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Selain itu, pasukan Kelantan mempunyai pemain saya yang laju di sebelah kiri dan kanan iaitu Solehin (K.Soley) dan juga Nurul Azwan Roya.

3. Jumlah jaringan yang diramal?
  • Selangor 0-2 Kelantan

4. Pemain yang dijangka menyerlah pada perlawanan ini?
  • Khairul Fahmi Che Mat, Ramzul Zahini Adenan, Safee Sali, Safiq Rahim

5. Kelebihan / kelemahan bagi pasukan Selangor dan juga Kelantan?
  • Kelebihan Selangor - Beraksi di gelanggang sendiri. Selangor mempunyai enam pemain kebangsaan yang baru sahaja memenangi Piala AFF Suzuki (Safiq Rahim, Safee Sali, Razman Roslan, Amirul Hadi, Asrarudin Putra dan Amri Yahyah), kelebihan dari segi pengalaman. "Pre-Season" di Perth Astralia dengan persembahan yang konsisten.
  • Kelemahan Selangor - Barisan pertahanan yang agak goyah selepas kehilangan Khairul Annuar Baharom yang digantung tiga perlawanan. Posisi penjaga gol yang masih lagi menjadi perebutan antara dua penjaga gol baru Selangor iaitu Iqbal Suhaimi dan Saiful Amar.

  • Kelebihan Kelantan - Reputasi sebagai Juara Piala Malaysia. Dilabel denagai "underdog" mengurangkan tekanan dikalangan pemain. Mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dari penyokong setia yang akan membanjiri Stadium, walaupun beraksi di tempat lawan. Dibarisi 90% anak Kelantan dan semangat anak Kelantan pasti akan memberi semangat yang lebih untuk berjuang demi negeri. Dibarisi pemain muda yang mempunyai tenaga yang lebih disamping keupayaan pemain yang masih lagi menjadi tanda tanya pasukan lawan. Moral kembali meningkat secara mendadak selepas pelantikan ketua jurulatih baru, Dato' M.Karathu.
  • Kelemahan Kelantan - Kehilangan Mat Yo memberi tamparan yang hebat kepada pasukan, terutama di posisi serangan. Kecederaan Mat Yo, S.Chanturu, Khalid Jamlus di posis serangan melihatkan Kelantan hanya mempunyai dua penyerang muda diposisi berkenaan, iaitu Ramzul Zahini Adenan dan juga Nizab Ayub. Kehilangan jurulatih yang sudah sebati dan serasi dengan pemain, B.Sathianathan menjejaskan persiapan pasukan. Kurangnya pengalaman di kalangan pemain muda.

6. Adakah kehilangan coach B.Sathianathan disaat akhir akan merencatkan persiapan pasukan?
  • Kehilangan coach B.Sathianathan yang digantung enam bulan menjelang sepak mula, sudah pasti memberi "deep impact" kepada pasukan. Terutamanya dari segi moral pasukan, dari segi taktikal pasukan dan banyak lagi. Elemen kejutan ini boleh membuatkan pasukan jatuh merudum jika tiada langkah diambil untuk menaikkan kembali moral pasukan. Namun, kehadiran Dato M.Karathu sebagai jurulatih baru pasukan, mungkin mampu memberi sesuatu disamping B.Sathianathan masih boleh bekerjasama dengan M.Karathu bagi memastikan kejayaan kepada pasukan.


Share this article :

+ comments + 4 comments

January 29, 2011 at 4:41 PM

kawe raso pemain dijangka menyerlah... badri radzi.

January 29, 2011 at 7:04 PM

en wawan jgn lupo amik gmba banyak lepas tu post kat blog.. terima kasih

January 30, 2011 at 2:31 AM

Yie onc : sori bro, untuk game ni, wwn xturun Shah Alam sbb xde bajet. untuk game away, susah skit. untuk home game, insya'ALLAH akan ada gambar dari wwn sendiri. utk game away, kena minx gambar dgn org lain, so, kalu ada yg sudi bg, akan di upload.

Anonymous
January 30, 2011 at 12:10 PM

azwan roya n k.soley beshhh gilorrr..first time tgk dio mainnn etekkkk.....kalu gini la pemain baru kelatee...xperlu la 3 org abdul tuuu....daniel beshhhh...piya beshh cumo dio main smalam relax terlajokk..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger