The Red Warriors "HAPPY" julang Piala Sumbangsih!

Saturday, January 29, 20113comments



Juara Piala Malaysia 2010, pasukan The Red Warriors mencatat sejarah baru dalam penampilan sulong dalam Piala Sumbangsih apabila menewaskan pasukan Selangor dengan jaringan 2-0. Pasukan yang diselubungi pelbagai masalah itu menunjukkan aksi yang meyakinkan dan berjaya mengusai perlawanan dengan baik.

Turun selaku Underdog, pasukan Kelantan dilihat berjaya menyerap tekanan awal dan memperoleh gol pertama seawal minit ke-8 hasil sepakan penalti dari penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha setelah Nurul Azwan Roya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Pasukan Selangor yang dibarisi oleh enam pemain kebangsaan yang diketuai oleh Safee Sali dan juga Safiq Rahim dilihat gagal untuk bermain dengan baik pada separuh masa yang pertama. Di separuh masa yang kedua, pasukan Selangor dilihat berjaya mengatur beberapa gerakan merbahaya namun tidak berjaya membuahkan hasil. Akhirnya, gol kedua Kelantan muncul berpunca dari sepakan percuma cantik dari ketua pasukan, Badri Radzi yang terus menerjah jaring yang dikawal Iqbal Suhaimi. Khairul Fahmi Che Mat dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Keseluruhan perlawanan adalah menarik namun dicemari dengan insiden balingan mercun menyebabkan perlawanan dihentikan seketika selama lebih kurang 10minit. Tahniah buat pasukan The Red Warriors, dan satu permulaan yang baik dari jurulatih baru, Dato' M.Karathu yang menyambung tugas B.Sathianathan membimbing pasukan The Red Warriors.


KEPUTUSAN PENUH :

SELANGOR 0-2 KELANTAN (PIALA SUMBANGSIH)
TERENGGANU 0-0 SABAH
N.SEMBILAN 1-0 HARIMAU MUDA A
JOHOR FC 0-0 FELDA UNITED
KEDAH 0-0 T-TEAM
KUALA LUMPUR 1-1 PERAK
PAHANG 3-1 PERLIS


Share this article :

+ comments + 3 comments

January 30, 2011 at 1:04 AM

terpaksa keje! tp
berbaloi tengok live kat tv tadi kat ofis.

January 30, 2011 at 2:29 AM

hehe xpew.. ok la tu dpt tgk juga.
sama ngan wwn gak, xde duit nak naik shah alam. so, terpaksa la tgk kat umah jew. next game, insya'ALLAH akan turun d KB. so ada lah gambar nanti. untuk game ni, xde gambar dr sy.

January 30, 2011 at 12:20 PM

sebab tu la stadium tak penuh semalam, kawan2 kat kampung pun semua tak datang. biasanya diorang datang 1 bas. pelek jugak kenapa tidak ramai semalam.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger