Sah! T-Team lawan Kelantan di Kota Bharu.

Thursday, January 27, 20110 comments

Stadium Ismail Nasarudin Shah tidak mendapat kelulusan dari FAM


Khabar gembira buat penyokong-penyokong setia pasukan The Red Warriors apabila Tan Sri Annuar Musa memaklumkan di Facebook beliau mengenai perlawanan pertama Piala FA T-Team menentang Kelantan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Ismail Nasarudin Shah pada 18 Februari ini dipindahkan ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu Kelantan. Hal ini berpunca gara-gara padang di Stadium tuan rumah tidak mendapat kelulusan dari FAM. Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah, Terengganu dijangka ditutup serta merta selama dua bulan selepas perlawanan Terengganu menentang Sabah 29 Januari ini yang mendapat pengecualian kerana Sabah telah menempah tiket untuk terbang ke Terengganu.

Walaupun bermain di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, pasukan T-Team masih lagi kekal sebagai tuan rumah. Berita ini disambut gembira oleh penyokong-penyokong pasukan The Red Warriors yang rata-rata tidak sabar menanti kepulangan bekas "hero-hero" beraksi kembali di Stadium keramat itu. Perlawanan ini sudah pasti akan menjadi perlawanan yang menarik kerana tiga bekas pemain "bintang" The Red Warrios, Indra Puta Mahyudin yang juga bekas ketua pasukan Kelantan, Norfarhan dan juga Azizi akan bermain untuk pasukan T-Team.

Berikut adalah info perlawanan tersebut :

PIALA FA
T-Team lwn Kelantan
18 Februari 2011 (Jumaat)
Stadium Sultan Muhammad ke-IV
08.45 malam

**T-Team kekal sebagai tuan rumah


Pengumumun TSAM di Facebook beliau



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger