Piala FA menentang T-Team main di Kelantan?

Thursday, January 27, 20112comments

Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah, Terengganu.


Di saat pasukan dan penyokong Kelantan bergembira dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang telah meluluskan padang dan juga lampu limpah di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, pasukan berjiran Terengganu dan T-Team terpaksa berduka apabila tahap kualiti padang di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah tidak mendapat kelulusan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah kualiti padang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Oleh yang demikian, difahamkan untuk perlawanan pertama melibatkan pasukan Terengganu menentang Sabah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah pada 29 Januari ini boleh diteruskan kerana pasukan Sabah telah menempah tiket penerbangan ke Terengganu untuk perlawanan tersebut. Namun, selepas itu, Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah terpaksa ditutup serta merta selama dua bulan untuk proses baik pulih.

Dari Facebook Tan Sri Annuar Musa


Dengan ini, jika pasukan Terengganu dan T-Team sah dilarang bermain di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah, kemungkinan besar pelawanan pertama Piala FA yang melibatkan pasukan T-Team menentang Kelantan yang dijadualkan di stadium berkenaan terpaksa diubah ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Jika ini menjadi kenyataan, sudah pasti menggembirakan ribuan penyokong pasukan Kelantan yang mahukan aksi di vanue sendiri. Namun, T-Team mungkin mempunyai altelnatif lain seperti memilih stadium berkecuali untuk perlawanan tersebut. Sama-sama kita menunggu keputusan rasmi yang akan diputuskan nanti.



Share this article :

+ comments + 2 comments

January 27, 2011 at 7:15 AM

hak tuan rumah ambo rasa masih milik t-team.
pada pendapat ambo, kemungkinan dua pasukan ini perlu memilih venue lain sebagai home mereka.

yie onc
January 27, 2011 at 7:18 AM

untung ko indra jugok buleh balik rumah mertua sokmo rumah mertua dio dkt kg kawe beso jupo di sejid ari jumaat tinggi ngoti aye tu..huhuhu

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger