Takdir atau "Kebetulan"?

Tuesday, January 25, 20110 comments

Takdir atau "Kebetulan"? Sepanjang musim lepas, Kelantan ditimpa pelbagai cabaran dan dugaan. Lepas satu, satu kes yang melibatkan pasukan Kelantan diheret ke "muka pengadilan" Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang sememangnya "adil" dan "tegas" dalam menjatuhkan hukuman. Lansung "TIADA" propanganda mahupun "PILIH KASIH" yang diamalkan oleh badan "terhormat" itu apabila kebanyakan kes, dari sebesar kuman sehinggalah sekecil gajah, semuanya diheret ke "muka pengadilan". Tiada satu pun "terlepas" dan semuanya dijatuhkan hukuman yang "berbaloi-baloi". FAM oh FAM! Anda adalah persatuan paling kebal di dunia. Lansung tidak boleh ditegur walaupun untuk kebaikan. Tahniah FAM. Anda membuka mata kami semua untuk terus "menyokong" anda dengan lebih "padu"!!

Mungkin terlalu "gembira" dengan segala keputusan yang di buat FAM, sehingga Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa meluahkan rasa di laman Facebook beliau. Luahan Tan Sri Annuar Musa sudah cukup mengambarkan pasukan The Red Warriors "dilayan bagai anak emas". Ikuti luahan Tan Sri Annuar Musa di Facebook Beliau :


Adilkah FAM?? Semua perkara yang melibatkan Kelantan lansung tidak terlepas pandang! Tapi bila melibatkan "sesetengah" pasukan, FAM seolah-olah membutakan mata, memekakkan telinga! Mana penyokong Kelantan tidak marah, jika FAM sendiri tidak tetap dalam menentukan keputusan. FAM hanya "tegas" dengan Kelantan! Mengapa dan Kenapa? Adakah kerana pasukan Kelantan terlalu hebat dan dicemburui? Apa yang tidak mampu dilakukan oleh FAM telah mampu dilakukan oleh KAFA. Semangat kami tidak pernah luntur! Datanglah dugaan sehebat mana, kami tetap bersatu. Kami berdiri teguh di belakang Tan Sri Annuar Musa, KAFA dan semestinya pasukan kesayangan kami, The Red Warriors. Jatuh bangun, darah kami, tetap anak Kelantan! Kami bersatu! Kami kuat! Kami tidak sekali akan mengalah! Jika benar kami dianianya, Insya'ALLAH, kami akan menang. Berdoalah wahai sahabat, rakan seperjuangan, agar kemenangan berpihak kepada kita. Amin.



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger