Tahniah B.Sathianathan

Tuesday, January 25, 20110 comments

Tahniah B.Sathianathan! Teruskan bersama Kelantan.

Setelah diuji dugaan hebat digantung dari arena bola selama 6 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), B.Sathianathan boleh menarik nafas lega apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bertindak membela nasib beliau dengan memberi tugas baru kepada beliau walaupun beliau digantung dari menjadi jurulatih. KAFA yang diketuai oleh Presidennya Tan Sri Annuar Musa dilihat membuat keputusan paling bijak apabila mengekalkan B.Sathianathan di Kelantan dengan melantik beliau sebagai Penasihat Teknikal dan Pembangunan Kepada Presiden dan juga sebagai CEO "KELANTAN ALHAMRA RED WARRIORS FOOTBALL ACADEMY" (KARFA) berkuat kuasa 2 Februari ini.

Nasib B.Sathianathan yang dijangka meletak jawatan atau disingkirkan ternyata meleset kerana pihak KAFA bertindak menyelamatkan periuk nasi jurulatih yang telah banyak berjasa kepada pasukan Kelantan. Keputusan Tan Sri Annuar Musa dan KAFA ini disambut gembira oleh semua penyokong pasukan Kelantan yang teguh berdiri menyokong B.Sathianathan. Jasa B.Sathianathan ternyata tersemat di hati penyokong Kelantan sehingga dia mendapat sokongan padu oleh penyokong untuk terus kekal di Kelantan. Jangan bimbang Sathia, kami sentiasa bersama anda! Jasamu dikenang! Kami tidak akan buang orang yang pernah berjasa. Kami bukan mudah lupa...

Dikhabarkan juga, B.Sathianathan tidak berpuas hati dengan keputusan oleh FAM. Rayuan beliau juga telah ditolak. Namun, B.Sathianathan akan terus mencuba membela nasib beliau mengikut saluran yang lain. Sama-sama kita doakan keputusan yang positif mampu dicapai. Semoga Berjaya Sathia!!!


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger