Terlajak Perahu Boleh Diundur : Isu Rizal Hashim

Wednesday, January 19, 20111comments



Nama Rizal Hashim cukup panas meniti bibir kebanyakan penyokong Kelantan yang kurang berpuas hati dengan cara penulisan beliau di dalam ruangan Rembat Kosmo! yang sedikit menyentuh isu "sentimen kenegerian" dimana beliau mengingatkan supaya jangan ada "sentimen kenegerian" dalam mengendalikan kes tiga pemain (Indra Putra Mahayudin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose).

Beliau juga menegaskan dimana yang tukang adu Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan, yang menerima aduan, Datuk Taqiyyudin Hassan juga orang Kelantan. Dan oleh kerana itulah beliau mengingatkan supaya berhati-hati, jangan ada sentimen kenegerian. Mungkin niat beliau hanya cuba untuk mengingatkan, agar tiada sentimen kenegerian berlaku dalam kes tersebut.


DATUK TAKIYYUDIN BUKAN ORANG KELANTAN

Namun penulis ingin membuat sedikit pembetulan, dimana menurut sumber dari http://takiyuddinhassan.blogspot.com/2007/06/biodata.html , disini menjelaskan bahawa Datuk Takiyyudin Hassan dilahirkan pada tanggal 24 November 1961, di Kampung Kemelung, Sik, Kedah. Ini secara tidak lansung menafikan bahawa Datuk Takiyyudin Hassan merupakan orang Kelantan, kerana beliau lahir di Kedah. Namun, tidak dinafikan juga, Datuk Taqiyyudin sudah lama berkhidmat di Kelantan. Tetapi, dia tetap lahir di Kedah. Jadi bagi penulis, tiada isu kenegerian di situ.

Namun, bagi penulis, niat saudara Rizal Hashim hanyalah untuk "mengingatkan". Bukan nya beliau anti-KELANTAN seperti yang ditafsirkan oleh segelintir penyokong. Hal ini kerana, sepanjang penulisan beliau di dalam blog beliau, Malaysia Sport's Loose Cannon dan juga tampil dalam Kafe Sukan, kebanyakan komen-komen dan tulisan beliau menjurus kearah menyokong pasukan Kelantan. Artikel beliau di Rembat Kosmo! sebelum ini pun ada yang menaikkan nama pasukan Kelantan. Jadi penulis berasa tidak wajar untuk mengatakan bahawa saudara Rizal Hashim ini anti-Kelantan.


Antara artikel yang ditulis beliau menyokong pasukan Kelantan :

**klik "link" diatas untuk baca.


Artikel beliau mengenai Apex dan Mat Yo : Rembat Kosmo!


"Kemuncak Keperkasaan Hulubalang Merah" : Rembat Kosmo!



Penulis sedikit kecewa dengan segelintir manusia yang memaki hamun saudara Rizal Hashim dengan kata-kata kurang sopan di atas kesilapan beliau. Islam tidak mengajar untuk kita memaki hamun sesama kita. Tidak salah untuk kita menegur kesalahan orang, tidak salah untuk kita marah, kerana setiap manusia mempunyai emosi, tapi jangan sampai memaki hamun dengan kata-kata yang tidak elok. Jangan terlalu ikutkan emosi sehingga kata-kata kita tidak lagi rasional.

Jadi, bagi penulis, semua yang berlaku hanyalah sedikit salah faham, dan ada sedikit kesalahan fakta di dalam artikel tersebut. Ada sedikit isu sensitif di situ. Penulis berharap, perkara ini tidak berpanjangan kerana ianya akan merugikan semua pihak yang terlibat. Manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Setiap manusia ada kelemahan masing-masing. Mengakui kesilapan adalah sifat terpuji. Di harap, ada sesuatu yang dapat dilakukan oleh saudara Rizal Hashim untuk meredakan kembali keadaan yang panas ini. Pulihkan kembali hubungan baik antara semua. Insya'ALLAH, semuanya akan kembali pulih.


**Respon Rizal Hashim di blog beliau Malaysia Sport's Loose Cannon yang bertajuk, "Khas Buat Segelintir Penyokong Kelantan" setelah dikecam hebat di Facebook (sila klik)



"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."


Wallahualam.



Share this article :

+ comments + 1 comments

January 19, 2011 at 12:36 PM

Aku ngubeyy saru etep.,wakakaka

Rizal Hashim dan Tentera Merah.

Tak ada angin apatah lagi ribut taufan, arena sukan tanahair sekali lagi digemparkan dengan isu panas melanda diantara penulis blog terkenal, Rizal Hashim dan segelintir peminat setia Sang Kijang.

Dari hulu ke hilir, dari selatan ke timur, maka gege riuh seantero dunia akan keceluparan pemilik blog yang sering diundang dalam beberapa program televisyen selain mempunyai ruangan khas menulis di sebuah akhbar berbentuk harian.

Berduyun-duyun manusia termasuklah kanak-kanak mula membicarakan mengapa seorang penulis yang boleh dikatakan antara yang termasyur di Malaysia sanggup mengeluarkan kenyataan dangkal menyebabkan nama yang begitu harum pada suatu hari dulu kini mula membusuk dengan kata nista.

Bukan dunia realiti semata-mata, tetapi serangan kepada Saudara Rizal Hashim turut tangkas merebak dari ruangan internet blog sehingga kepada website rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) serta menjadi tajuk utama kepada beberapa laman web blog yang membicarakan isu sukan tanahair.

Mengikut pemerhatian RedsFC-News, kelantangan Rizal Hashim mengutarakan isu semasa sukan tanahair terutamanya dalam sukan bola sepak wajar dipuji dan diberi kredit atas usaha tidak pernah lelah dan jemu.

Tetapi sayang, dengan kemahiran yang ada selain hebat mengatur ayat dalam setiap penulisan dan berkata-kata, rupanya beliau juga seorang manusia yang tidak terlepas dengan hukum dunia dimana kritikan yang dilontarkan menyebabkan dia juga menjadi mangsa kritik dari orang lain.

Benar, Rizal Hashim mempunyai aura tersendiri sehingga kerapkali menjadi tetamu jemputan pada rancangan TV tetapi kesilapan tutur kata menyentuh isu yang kurang berkenan di hati peminat fanatik Kelantan mula menjahanamkan nama baik ciptaan susah payah beliau.

Malah, kritikan dan ketidakpuasan hati peminat Sang Kijang diburukkan pula dengan persamaan serta contoh tidak sesuai dari Rizal Hashim menyebabkan Tentera Merah yang panas menjadi semakin panas.

Tidak susah sebenarnya jika kita bersalah, katakan permohonan maaf serta ungkapan kesal secara terbuka demi menghormati prinsip dan etika. Rizal Hashim orang tersohor, mempunyai nama baik dan kredibiliti tersendiri, jadi amat baik dan molek agar beliau dan penyokong Kelantan bermaaf-maafan sebelum isu yang remeh dan temeh serta dalam proses perbicaraan FAM dapat diselesaikan tanpa bicara gampang.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger