Rizal Hashim Bikin Panas!!

Tuesday, January 18, 20118comments


Pemilik blog (Baju Hijau) Malaysia Sport's Loose Cannon, Rizal Hashim.

Kecoh dan Panas!! Isu artikel "panas" yang ditulis oleh pemilik blog Malaysia Sport's Loose Cannon , saudara Rizal Hashim yang bertajuk "Habis Madu Sepah Dibuang" di dalam ruangan Rembat Kosmo! ternyata membangkitkan rasa marah dikalangan penyokong setia The Red Warriors apatah lagi anak-anak Kelantan. Ini kerana di dalam artikel keluaran surat kabar Kosmo! itu sedikit menyentuh sensitiviti rakyat Kelantan apabila beliau menyentuh sentimen kenegerian dalam artikel tersebut. Nama individu seperti Tan Sri Annuar Musa dan Dato' Takiyyudin Hassan juga disebut dalam artikel ini membangkitkan lagi rasa marah penyokong setia The Red Warriors. Beliau juga menyebut isu mengenai status tiga pemain yang dianggap "penderhaka" oleh segelintir penyokong Kelantan malah beliau seolah-olah menyebelahi tiga pemain tersebut.


Artikel "Panas" Rembat Kosmo! "Habis Madu Sepah Dibuang"


Penulis terpanggil untuk mengulas isu ini dan memberi sedikit pandangan agar dapat meredakan sedikit suasana panas yang tercetus antara saudara Rizal Hashim dan juga penyokong pasukan Kelantan. Terlebih dahulu, penulis ingin menegaskan bahawa penulis bertindak untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak dan akan cuba memberi pandangan dari penulis secara bebas. Penulis akan cuba mengulas sedikit apa yang terkandung di dalam artikel bertajuk "Habis Madu Sepah Dibuang" itu dari sudut positif dan juga negatif:


Antara petikan dari artikel itu :

1. "Tidak lama selepas Muhammad Hafiz Hashim di sambut sebagai wira lengkap dengan tengkolok sesudah menamatkan penantian 37 tahun untuk menjuarai kejohanan badminton Seluruh England pada 2003, penulis menasihatinya agar berpestalah selagi boleh.

Ini kerana budaya kita cepat lupa sumbangan dan jasa seseorang individu, sama ada dia seorang politikus, ahli sukan atau kakitangan kerajaan berangkat besar.

Kepada setiap anggota skuad negara yang menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu hingga diraikan oleh Jemaah Menteri, nikmatilah pesta ini. Hari ini kita hero, esok barangkali jadi zero.

Jadi dalam kita asyik mendongak ke langit, memandang bintang, merenung bulan, usah lupa bumi dipijak, rumput nan hijau."


Sudut Negatif : Artikel ini seolah-olah mengungkit zaman kejatuhan Hafiz Hashim (orang Kelantan) dalam dunia badminton selepas dia berjaya menjulang kejuaraan badminton Seluruh England. Seolah-olah Hafiz Hashim terlalu asyik dibuai kejayaan sehingga jatuh merudum selepas itu. Beliau juga menggambarkan mentaliti "orang kita" yang mudah lupa diatas kejayaan yang pernah diraih sebaliknya sentiasa ingat apabila kita gagal.

Sudut Positif : Saudara Rizal Hashim cuba untuk mengingatkan para pemain dan pegawai yang yang baru sahaja meraih kejayaan dengan menjulang Piala AFF Suzuki supaya tidak terlalu dibuai kejayaan dan tidak selalu mendongak kelangit. Kerana kejayaan yang diraih itu hanya bersifat sementara dan jika kita lalai, kita akan terus jatuh. Saudara Rizal Hashim juga membandingkan dengan pengalaman lalu dengan menamakan Hafiz Hashim sebagai contoh dimana dulu dia dijulang sebagai wira, namun sekarang hanya tinggal nama.


Isu panas "sentimen kenegerian".


ISU PANAS

2. "Misalnya Perak mengambil khidmat bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar, sedangkan Raja Azlan Shah Raja Soib masih terikat dengan kontrak. Nasib jurulatih, semalam dipuji, hari ini dikeji.

Begitu juga dengan nasib Indra Putra Mahayudin Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose, tiga serangkai yang mengharumkan nama Kelantan tetapi tahun ini berhijrah ke T-Team.

Ada ugutan menggantung dan mengenakan denda terhadap mereka kerana kononnya perpindahan itu tidak mengikut prosedur. Yang tukang adu Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan, yang menerima aduan Datuk Takiyyudin Hassan, juga orang Kelantan."


Sudut Negatif : Tulisan saudara Rizal Hashim ini seolah-olah menyebelahi tiga bekas pemain itu yang dianggap "penderhaka" oleh segelintir penyokong Kelantan dan membayangkan seolah-olah tindakan Tan Sri Annuar Musa tidak mengenang jasa tiga pemain itu menaikkan nama Kelantan pada suatu masa dahulu sehingga sanggup mengheret ketiga-tiga pemain itu kemuka pengadilan dan jika disabitkan kesalahan melanggar kontrak, mereka bakal di denda dan digantung dari menyertai Liga Malaysia musim 2011. Sedangkan saudara Rizal Hashim mungkin tidak tahu apa yang menyebabkan Tan Sri Annuar Musa mengheret mereka ke muka pengadilan.

Sudut Positif : Saudara Rizal Hashim hanya cuba untuk membela nasib pemain dan jurulatih yang sentiasa menjadi mangsa seperti kes sebelum ini. Seperti yang digambarkan melalui tajuk artikel itu, "Habis Madu Sepah Dibuang".


3."Ada ugutan menggantung dan mengenakan denda terhadap mereka kerana kononnya perpindahan itu tidak mengikut prosedur. Yang tukang adu Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan, yang menerima aduan Datuk Takiyyudin Hassan, juga orang Kelantan.

Jadi hati-hati, jangan ada sentimen kenegerian. Sebab itu dulu Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin Raja Omar nasihatkan semua pemegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar letak jawatan di peringkat negeri.

Siapakah yang akan melindungi kepentingan pemain jika pegawai ibarat durian, mereka umpama mentimun? Penulis cukup benci kalau pemain jadi mangsa keadaan."

Sudut Negatif : Isu ini menjadi "panas" apabila saudara Rizal Hashim menyentuh "sentimen kenegerian". Dimana beliau mengingatkan jangan ada sentimen kenegerian dalam memutuskan keputusan mengenai tiga pemain itu kerana Datuk Takiyyudin Hassan merupakan orang Kelantan (sebenarnya Datuk Taqiyyudin lahir di Kampung Kemelong, Sik Kedah), dan kes ini melibatkan pasukan Kelantan dan Tan Sri Annuar Musa pihak yang mengadu juga orang Kelantan seperti menggambarkan "sentimen kenegerian" bakal mempengaruhi keputusan keatas tiga pemain itu kelak. Tulisan beliau juga seolah-olah mempersoalkan kredibiliti dan profesionalisme Datuk Takkiyudin dan juga Tan Sri Annuar Musa.

Sudut Positif : Apa yang cuba saudara Rizal Hashim sampaikan adalah sekadar untuk mengingatkan agar "sentimen kenegerian" tidak mempengaruhi keadilan dalam menjatuhkan hukuman keatas ketiga-tiga pemain itu kelak demi membela nasib pemain.




Kesimpulan dan pandangan dari penulis (Wawan Faiz) :

Artikel Rembat Kosmo! yang bertajuk "Habis Madu Sepah Dibuang" yang ditulis oleh saudara Rizal Hashim, yang juga pemilik blog Malaysia Sport's Loose Cannon , mempunyai "pro & contra". Jika seseorang itu memahaminya dari sudut yang positif, ianya boleh dianggap sebagai teguran dan peringatan supaya kita tidak lalai. Namun "sentimen kenegerian" yang diutarakan sedikit sebanyak mengguris hati orang Kelantan dan mungkin juga individu seperti Datuk Takiyyudin dan Tan Sri Annuar Musa kerana seolah-olah tulisan itu mempersoalkan kredibiliti dan profesionalisme mereka dalam menjalankan tugas dengan telus.

Akan tetapi, jika dilihat dari sudut yang positif, ianya hanya sekadar peringatan secara sinis agar benda seperti itu tidak berlaku. Dari keseluruhan artikel dapat dilihat bahawa apa yang cuba disampaikan itu ada benarnya sebagai peringatan dan cuba membela nasib pemain dan pegawai, tapi dalam masa yang sama, akibat "secebis" dari artikel itu menyebut isu "sentimen kenegerian", secara tidak lansung membangkitkan rasa marah di kalangan penyokong dan rakyat negeri Kelantan.


Cadangan Penyelesaian :

Untuk tidak memanjangkan isu ini, penulis ingin mencadangkan, salah satu pihak terpaksa mengalah demi menjaga hubungan semua pihak. Saudara Rizal Hashim mungkin boleh mempertimbangkan untuk memohon maaf secara terbuka diatas "sedikit kesilapan dalam cebisan artikel" yang mengguris hati sesetengah pihak. Penulis tidak nafikan artikel itu bagus, namun "sentimen kenegerian" itu terlalu sensitif untuk disentuh. Tiada guna jika perkara ini dipanjangkan kerana ianya merugikan semua pihak.

Penulis ingin mengingatkan, penulis merupakan penulis amatur sahaja dan cadangan penulis ini hanya sekadar cadangan peribadi (bukan niat untuk mengajar) dari penulis untuk kebaikan semua pihak. Penulis juga tidak menunding jari ke arah mana-mana pihak kerana bagi penulis ini berlaku hanya kerana silap faham sahaja. Lain orang, lain cara pemikirannya. Perbezaan pendapat itu perkara biasa. Lumrah manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain. Berani mengakui kesalahan itu sangat dihormati dari terus menegakkan benang yang basah.


Sekian Terima Kasih.


Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
January 19, 2011 at 4:50 AM

ejah tulis psal Piala sumbangsih eh,.bkpo yah tuka Juara Liga Super vs Juara Piala Malaysia ??...

January 19, 2011 at 5:06 AM

isu lama la bro.. dah dijelaskan bahawa peraturan tu sudah ditukar di awal musim lagi.

lanbck
January 19, 2011 at 10:23 AM

dalam masalah 3 abdul ini,bukan kita tidak menghargia sumbangan beliau.cuma kita nk keprofesionalan dlm bola sepak.

sanjung tetap sanjung,
hukum tetap hukum
jika buat salah
sebab kita sayang bola kita.

rizal hashim masih tak profesional lg dlm membuat kritikan

January 19, 2011 at 11:29 AM

setuju dengan lanbck! dalam isu tiga pemain ini, KAFA, TSAM dan penyokong sendiri sudah menghargai jasa dan sumbangan pemain, malah TSAM sendiri sudah menawarkan kenaikan gaji. Cuma yang mengecewakan adalah cara mereka meninggalkan pasukan. Notis tidak dibalas, diam seribu bahasa, tup2 dalam diam sign dgn pasukan baru. last minute, mane nak cari ganti?? siapa susah??? KAFA & TSAM. Lihat mcm mana Hai-O, Akmal meninggalkan pasukan. mereka dilepaskan dgn baik. Begitu juga Syed Adney yg di "loan"kan kepada Sabah. Mengapa pula 3 pemain ini tidak memberi notis awal untuk berpindah agar senang untuk pasukan cari peganti.

Anonymous
January 19, 2011 at 7:19 PM

bg rizal hasyim kepusan mnukar peraturan perlawanan Piala sumbangsih 2 x dok sntiman kenegerian ko ??..bkpo x tulis hok 2 ????..ni dok tulis hok bndo x hau mano lg,..acu oyk dio eyh wawang

February 16, 2011 at 1:47 PM

dari dulu kawe tak suka sgt pkecekpan n penulisan si Rizal hashim yg koya biso nih...tapi ada jugak sesetengah ayat dia mcm bodo pun ada jugak...
kalau kt sekolah dulu, dia ni sure dipanggil koya bisooo...
dia kena pandang sekeliling jugak, org lain pun biso jugak, mentang2 astro ni mcm bekap dia jek, tu mcm naik kepala sikit dh dia..

April 5, 2011 at 11:10 PM

Tau..hok Midin uboh perlawanan antaro Klate vs Selangor xsebut..Rizal nie Jawo ko Original people nie.?? Muko nok meh2 Original doh..Komen jange lepah sangat Rizal biar ado belen sket..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger