Kelantan gah terajui liga!

Wednesday, February 16, 20110 comments



Nyanyian lagu "Negaraku"

Pasukan Kelantan terus gah menerajui tahta Liga Super 2011 setelah meneruskan rentak cemerlang dengan kemenangan di samping terus mengekalkan rekod tanpa kalah kepada empat perlawanan pada musim ini. Mangsa terbaru adalah pasukan Kuala Lumpur di bawah bimbingan Razip Ismial yang turun selaku "tuan rumah" di Stadium Sultan Muhammad ke-IV gara-gara Stadium Cheras tidak dapat digunakan.

Tenyata keadaan itu memberi kelebihan kepada pasukan Kelantan yang mendapat sokongan lebih 18,000 penyokong yang hadir untuk memberi sokongan. Di samping itu juga, pasukan yang digelar The Red Warriors itu juga mnedapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Ultras Kelantan The Red Mania yang turun buat kali ketiga di Kota Bharu.

Kesebelasan utama pasukan Kelantan

Bermula babak pertama, Kelantan memberi amaran awal menerusi percubaan penyerang prolifik kebangsaan, Norsahrul Idlan Talaha pada minit pertama, namun gagal menemui jaringan. Nurul Azwan Roya juga berjaya menguji pintu gol Kuala Lumpur menerusi percubaan pada minit ke-21 namun gagal menghasilkan jaringan. Ramzul Zahini Adenan juga berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-31, namun kekurangan pengalaman mengagalkan beliau dari menyudahkan peluang yang terhidang.

Nurul Azwan Roya, beraksi cemerlang

Selepas itu, Kelantan dilihat mula hilang tumpuan dan Kuala Lumpur mula berjaya menyerap asakan dan mengatur serangan ke kubu pasukan Kelantan. Kuala Lumpur juga membuat beberapa percubaan bahaya namun berjaya digagalkan oleh pertahanan Kelantan dan juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Lima minit sebelum tamat separuh masa pertama, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu membuat pertukaran pertama dengan memasukkan penyerang Mohd Nizad Ayub bagi menggantikan Solehin Kanasian yang dilihan gagal berfungsi dengan baik di bahagaian sayap kanan. Dan kemasukan Nizad Ayub dilihat menjadi apabila beliau berjaya menghidupkan serangan menerusi saya kanan pasukan Kelantan.

Separuh masa pertama berakhir dengan Kelantan 0-0 Kuala Lumpur.

Bermula pada babak kedua, Kelantan membuat sedikit perubahan posisi di bahagian pertahanan. Daudusu Jamaludin yang pada awalnya diturunkan di bahagian bek kiri, diletakkan kembali di posisi asal beliau iaitu di bahagian bek kanan. Manakala S.Subramniam yang pada mulanya beraksi di peratahanan tengah di letakkan di bek kiri sementara Farisham kembali di posisi bek tengah bergandingan dengan Rizal Fahmi Rosid. Ternyata, perubaha posisi itu berjaya memberi kesan positif dengan aksi terbaik dari pemain-pemain pertahanan samaada ketika bertahan dan juga membantu bahagian serangan dan tengah.

Ramzul Zahini, penjaring gol pendahuluan Kelantan.

Kelantan tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-47 hasil jaringan penyerang harapan, Ramzul Zahini Adenan yang berjaya melakukan larian kencang untuk melepasi pertahanan lawan dengan menyudahkan hantaran cantik dari bahagian tengah. Kuala Lumpur berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma namun berjaya dinafikan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Pasukan Kuala Lumpur tenyata tenggelam pada separuh masa kedua apabila pasukan Kelantan dilihat berjaya menguasai keseluruhan permainan dan melancarkan serangan bertali arus ke kubu pasukan Kuala Lumpur menerusi rangkaian penyerang Norshahrul Idlan Talaha, Ramzul Zahini Adenan dibantu larian kencang dari Nurul Azwan Roya dan juga Mohd Nizad Ayub. Namun penyudahan yang tumpul dari Ramzul dan Norshahrul menggalkan usaha pasukan Kelantan untuk menambah gol.

Setelah puas mengasak, akhirnya pasukan Kelantan berjaya memperoleh gol kedua menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-85 selepas beliau mudah menyudahkan hantaran lintang pemain sayap, Nurul Azwan Roya. Kelantan juga membuat dua lagi pertukaran dengan memasukkan Danial Fadly bagi menggantikan Ramzul Zahini sementara Farisham Ismail dikeluarkan bagi memberi peluang kepada Wan Rohaimi Ismail untuk turun beraksi. Ini merupakan aksi pertama Wan Rohaimi Ismail untuk pasukan Kelantan dalam perlawanan kompetetif selepas beliau berpindah dari pasukan Johor FC.

Perlawanan berkesudahan Kelantan mengatasi Kuala Lumpur, 2-0 hasil jaringan Ramzul Zahini Adenan dan juga Norshahrul Idlan Talaha.

Mengulas kemenangan pada malam ini, jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu ternyata gembira dengan persembahan yang dipamerkan terutama kebangkitan pada separuh masa kedua. Beliau juga gembira dengan jaringan yang dihasilkan oleh Ramzul Zahini Adenan dan melabelkan pemain itu sebagai "my future player". Datuk M.Karathu menyatakan kekurangan pengalaman sebagai punca Ramzul tidak mampu menyudahkan deretan peluang yang terhidang namun beliau yakin pemain itu akan meningkat setelah mendapat pendedahan perlawanan demi perlawanan.

Ramzul Zahini Adenan pula berkata, beliau gembira kerana berjaya menghasilkan gol sulong peribadi beliau pada musim ini dan beliau sungguh teruja kerana sudah lama tidak menjaringkan gol seperti ini. Beliau juga memuji kerjasama yang diberikan oleh semua rakan pasukan yang banyak membantu dalam usaha beliau menjaringkan gol. Ramzul juga berterima kasih kepada ketua jurulatih, Datuk M.Karathu kerana memberi peluang kepada beliau untuk beraksi dalam kesebelasan utama.



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger