Kuala Lumpur idam curi satu mata

Tuesday, February 15, 20110 comments



Pemain Kuala Lumpur melakukan latihan ringan.

Skuad warga kota, Kuala Lumpur turun ke Kota Bharu sebagai "tuan rumah" selepas Stadium Cheras tidak dapat digunakan. Sudah pasti, kelebihan berpihak kepada pasukan Kelantan yang turun sebagai pasukan "pelawat", kerana bermain di gelanggang sendiri ditambah pula sokongan padu dari penyokong tempatan.


Azwan Malek - Penjaring gol ketika seri dengan Selangor

Namun, skuad kendalian Razip Ismail sudah pasti tidak akan memberi laluan yang mudah untuk pasukan The Red Warriors memenangi perlawanan ini. Pasukan Kuala Lumpur turun dengan bekal keyakinan setalah berjaya mengikat Selangor di Shah Alam hasil gol penyamaan oleh pemain tengah Azwan Malek.

Nazrin Nawi - Pemain Kuala Lumpur kelahiran Kelantan

Lebih menarik, pemain sayap kiri Kuala Lumpur, Nazrin Nawi merupakan anak jadi Kelantan yang bermain untuk pasukan Kuala Lumpur. Beliau akan menentang pasukan negeri kelahirannya pada malam ini. Nazrin Nawi mengharapkan rakan sepasukan akan mengekalkan prestasi seperti perlawanan yang lepas disamping akan cuba menjaringkan gol jika beliau diturunkan pada malam ini. Sudah pasti, pemain muda lincah ini mungkin akan menjadi duri dalam daging kepada pasukan Kelantan jika beliau mampu menjaringkan gol untuk Kuala Lumpur. Beliau juga menamakan Norshahrul Idlan Talaha sebagai pemain yang harus diawasi.

Jurtulatih Kuala Lumpur, Razif Ismail

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur, mengharapkan pemain-pemainnya bermain seperti biasa tanpa memikirkan dimana mereka bermain dan berharap mencapai suatu keputusan yang baik dapat dicapai. Beliau mengakui, pasukan Kelantan boleh dianggap sempurna dari segenap posisi, namun pasukannya akan mecuba sedaya upaya untuk mencapai keputusan yang positif.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger