Kemenangan Dramatik

Saturday, February 19, 20110 comments


Pertemuan perlawanan pembukaan Piala FA antara PBDKT T-Team FC menentang pasukan pelawat, Kelantan FA cukup mendebarkan dengan aksi dramatik yang akhirnya berjaya dimenangi pasukan Kelantan pada penentuan penalti 6-5. Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti, setelah kedudukan terikat 1-1 pada masa sebenar dan juga masa tambahan sekaligus membawa Kelantan layak ke pusingan kedua Piala FA.

Walaupun perlawanan antara kedua pasukan bermula dengan agak hambar, T-Team dilihat lebih menguasai perlawanan pada babak pertama dimana mereka melakukan serangan bertali arus melalui rangkaian penyerang Haris Safwan Kamal, Indra Putra Mahyudin dan juga Norfarhan Muhammad. Indra Putra dan Norfarhan Muhammad dilihat kerap kali melakukan asakan namun berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan yang diketuai oleh Rizal Fahmi Rosid.

Pada separuh masa pertama, pasukan Kelantan dilihat mengamalkan corak bertahan dengan formasi 4-2-3-1 dan berjaya menyerap asakan demi asakan pasukan tuan rumah. Pasukan Kelantan yang kerap bertahan tidak mampu melancarkan serangan ke kubu lawan.

Pada separuh masa kedua, pasukan Kelantan dilihat lebih mengimbangi perlawanan yang pada awalnya dikuasai oleh T-Team. Kelantan berjaya melakukan beberapa siri serangan ke kubu pasukan tuan rumah namun berjaya dipatahkan oleh benteng T-Team yang diketuai oleh bekas pemain Kelantan, Azizi Mat Rose yang dilihat banyak merantai pergerakan Norshahrul Idlan Talaha. Namun, akhirnya pasukan Kelantan berjaya mendapat gol pendahuluan hasil tandukan pemain pertahanan, Rizal Fahmi Rosid yang mendapat umpanan sepakan sudut dari Nurul Azwan Roya pada minit ke-53.

Selepas itu, dilihat pasukan T-Team kembali menyusun serangan untuk mencari gol penyamaan. Sedikit kealpaan di benteng pertahanan membawa padah apabila hantaran lintang Haris Safwan Kamal berjaya disudahkan oleh bekas ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyudin yang melakukan sepakan voli kencang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang gol pasukan Kelantan.

Sekali lagi, T-Team hampir berjaya mendapatkan gol kemenangan pada minit ke-89 menerusi larian solo Indra Putra Mahyudin, namun sepakan kaki kiri beliau hanya menggegar tiang gol sebelah kanan pasukan Kelantan.

Tidak lama selepas itu, pada masa kecederaan minit ke-93, pasukan Kelantan dihadiahkan sepakan penalti setelah Indra Putra Mahyudin menjatuhkan Danial Fadly Abdullah di dalam kotak penalti. Namun peluang itu disia-siakan oleh Norshahrul Idlan Talaha yang menyepak tinggi bola melepasi palang gol untuk menafikan kemenangan awal untuk pasukan Kelantan. Wisel penamat masa penuh dibunyikan sebaik sahaja sepakan penalti itu gagal disudahkan.

Bermula babak pertama masa tambahan, kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan corak lebih berhati-hati dan jarang melakukan serangan yang berbahaya. Dan begitu juga pada separuh masa kedua masa tambahan, dilihat permaianan seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Akhirnya, kedua-dua pasukan masih terikat seri 1-1 mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Norshahrul menebus kesilapan beliau yang gagal menyempurnakan sepakan penalti diminit akhir perlawanan dengan menjaringkan gol pertama penentuan sepakan penalti. Begitu juga dengan Rizal, Nurul Azwan, Shakir, Daudsu dan Danial yang berjaya menyudahkan enam sepakan penalti. Dalam sepakan penalti terakhir pasukan Terangganu, Nor Fadzly Alias akhrnya mengecewakan kem pasukan T-Team setelah sepakan penalti beliau meliar melewati palang gol sebelah kiri yang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat untuk memberi kemenangan kepada pasukan Kelantan sekali gus layak ke pusingan kedua Piala FA. Tahniah buat pasukan Kelantan The Red Warriors.


Kesebelasan Utama :


PBDKT T-Team FC (4-4-2)

Jurulatih : Yunus Aliff
GK : Syamsuri Mustafa
DF : Subri Sulong, Azizi Mat Rose, Norfadzly Alias, Rosdi Talib (C)
MF : Norfarhan Muhammad, Tengku Hasbullah, Amzar Junaidi, Indra Putra Mahyudin
ST : Haris Safwan Kamal, Saufi Sa'adi


Kelantan FA (4-2-3-1)

Jurulatih : Datuk M.Karathu
GK : Khairul Fahmi Che Mat
DF : Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak,
MF : Norshahrul Idlan Talaha, Badri Radzi (C), Shakir Shaari, S.Subramaniam, Nurul Azwan Roya
ST : Ramzul Zahini Adenan


Penalty Taker :

KELANTAN FA

  1. Norshahrul Idlan Talaha [GOL]
  2. Rizal Fahmi Rosis [GOL]
  3. Nurul Azwan Roya [GOL]
  4. Shaakir Shaari [GOL]
  5. Daudsu Jamaludin [GOL]
  6. Danial Fadly Abdullah [GOL]

PBDKT T-TEAM FC
  1. Indra Putra Mahyudin [GOL]
  2. Khairul Izuan [GOL]
  3. Haris Safwan Kamal [GOL]
  4. Badrul Hisham [GOL]
  5. Shamsul Kamal [GOL]
  6. Norfadzly Alias [X]

Pemain Terbaik Pilihan ASTRO ARENA : Indra Putra Mahyudin
Pemain Terbaik Kelantan Pilihan wawanfaiz.com : Rizal Fahmi Rosid


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger