Misi pertahan maruah! Kawan atau Lawan?

Friday, February 18, 20114comments



Credit Photo :

PERLAWANAN TUMPUAN

Menjelang pertemuan menentang PBDKT T-Team malam ini, tugas berat sudah pasti menanti skuad kendalian Datuk M.Karathu bagi memastikan kemenangan bakal dicapai di arena lawan dalam kempen pembukaan Piala FA 2011. Apatah lagi, perlawanan tersebut merupakan perlawanan kalah mati dan tiada perlawanan timbal balik mengikut format Piala FA untuk musim ini.


Mengikut rekod awal musim ini, pasukan Kelantan dilihat gah dengan aksi cemerlang setakat ini dengan 3 kemenangan dan satu seri dalam kempen Liga Super. Malah pasukan yang digelar The Red Warriors itu tidak pernah lagi tewas setakat ini. Berbeza pula dengan barisan "bintang" PBDKT T-Team dibawah kendalian jurulatih Yunus Aliff yang setakat ini hanya seri sekali dan tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam kempen liga super.


KONTROVERSI
"Tiga Abdul" yang di dakwa "dicuri" oleh T-Team

Perlawanan ini juga menjadi perlawanan tumpuan ekoran beberapa kontoversi yang melibatkan pemain dan kedua-dua pasukan ini. Bermula dari isu "curi" pemain yang melibatkan bekas tiga pemain Kelantan iaitu Norfarhan Muhammad, Aziz Mat Rose dan juga ketua pasukan ketika itu, Indra Putra Mahyudin. Perkara ini dibawa ke muka pengadilan dimana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendakwa ketiga-tiga pemain itu masih lagi mempunyai kontrak dengan KAFA. Lebih memburukkan lagi keadaan, ketiga-tiga pemain itu "terlepas" dari hukuman FAM dan didapati tidak bersalah. Namun, Tan Sri Annuar Musa menerusi KAFA kembali membuat rayuan ke jawatankuasa FAM untuk meneliti kembali kes tersebut.

TSAM terus mendakwa "3 Abdul" ke Jawatan Kuasa Rayuan FAM

Dalam isu "tiga abdul" itu kembali reda, timbul pula isu baru iaitu isu mengenai vanue pertandingan Piala FA yang melibatkan kedua pasukan ini. Mengikut jadual asal yang dikeluarkan FAM, perlawanan dijadualkan akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasrudin Shah dimana pasukan T-Team sebagai pasukan tuan rumah. Namun, pada awal saingan Liga Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah bertindak untuk tidak meluluskan Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah untuk mana-mana pertandingan kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh FAM. Ekoran dari itu, Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah dibekukan selama dua bulan dan vanue untuk perlawanan Piala FA melibatkan T-Team dan Kelantan dipindahkan ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Stadium Ismail Nasarudin Shah yang "dibenarkan" beraksi

Namun, tidak sampai dua bulan, menjelang Piala FA pusingan pertama T-Team menetang Kelantan, padang Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah dibenarkan untuk digunakan untuk perlawanan tersebut dengan syarat T-Team perlu membayar kepada KAFA sebanyak RM4000 dan RM1000 kepada FAM, sebelum atau pada 16 Februari 2011 iaitu 48jam sebelum sepak mula malam ini. Namun, mengikut kenyataan Presiden KAFA melalui laman sosial Facebook beliau, sehingga semalam, T-Team masih lagi belum menjelaskan bayaran tersebut sehingga menimbulkan tanda tanya adakah vanue perlawanan kekal di Kota Bharu atau pasukan T-Team dikira "disqualified" kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan. Sehingga sekarang, isu itu masih lagi menjadi tanda tanya.

BARISAN BINTANG

Berbalik kepada perlawanan ini yang akan disiarkan secara langsung menerusi ASTRO ARENA, sudah pasti, kedua-dua pasukan akan menurunkan pasukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini. Jurulatih T-Team, Yunus Alif awal-awal lagi sudah melancarkan perang psikologi untuk menjadikan pasukan Kelantam sebagai mangsa pertama untuk mereka meraih kemenangan. Apatah lagi, pasukannya kini mendapat suntikan semangat baru setelah dibenar beraksi di laman sendiri buat kali yang pertama pada musim ini. Selain itu, T-Team dilihat mempunyai kelebihan kerana dibarisi lebih ramai pemain bintang berbanding Kelantan. Antaranya ialah tiga bekas pemain Kelantan iaitu Indra Putra Mahyudin, Azizi Mat Rose dan juga Norfarhan Muhammad. Selain itu, mereka turut dibarisi, Haris Safwan Kamal, Rosdi Talib dan bekas penjaga gol kebangsaan iaitu Syamsuri Mustafa. Manakala pasukan Kelantan pula hanya bersandarkan dua bintang iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan juga Khairul Fahmi Che Mat.

Walaupun Kelantan kehilangan "tiga bintang" yang "dicuri" oleh pasukan lawan yang akan ditemui pada pertemuan malam ini, pasukan Kelantan yang mempertaruhkan muka baru seperti Ramzul Zahini Adenan, Nurul Azwan Roya, Mohd Nizad Ayub dan Solehin Kanasian dilihat mampu mencabar dan setakat ini, aksi keseluruhan pasukan Kelantan wajar dipuji sehingga berjaya menduduki tahta Liga Super hari ini.

ANALISIS KESEBELASAN UTAMA
Kesebelasan utama pada perlawanan lepas

Di posisi penjaga gol, sudah pasti Khairul Fahmi Che Mat akan diberi tugas selaku penjaga gol utama bagi menahan asakan dari pemain-pemain T-Team. Tugas berat menanti Khairul Fahmi berdepan dengan bekas rakan sepasukan Indra Putra Mahyudin dan Norfarhan diposisi serangan pasukan lawan. Shahrizan Ismail pula dijangka akan diletakkan sebagai penjaga gol simpanan.

Sementara di posisi pertahanan, kecederaan Zairul Fitree Ishak sedikit merencatkan percaturan. Namun, jurulatih Datuk M.Karathu dilihat mempunyai pemain yang sesuai untuk menggantikan pemain itu. Kemungkinan S.Subramaniam akan diletakkan di posis bek kiri dimana beliau dilihat bermain dengan baik diposisi itu ketika perlawanan bertemu dengan Kuala Lumpur tempoh hari. Selain S.Subramaniam, Kelantan juga memiliki pemain muda, Aziz Ismail yang sememangnya posisi kegemaran beliau namun mungkin belum cukup bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan penting ini. Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Rosid dan Farisham Ismail dijangka akan bersama S.Subramaniam untuk mengemudi benteng pertahanan Kelantan.

Di posisi tengah pula, Kelantan tidak mempunyai masalah kerana mempunyai ramai pilihan di posisi ini. Ketua pasukan Badri Radzi sudah pasti akan diberi tugas utama untuk menjana serangan dari tengah dibantu oleh Shakir Shaari yang lebih bertindak membantu bahagian pertahanan. Sementara posisi sayap kiri sudah Datuk M.Karathu akan mempertaruhkan pemain lincah, Nurul Azwan Roya yang telah mempamerkan aksi terbaik setakat empat perlawanan ini. Sementara posisi sayap kanan akan menjadi perebutan antara Solehin Kanasian dan juga Nizad Ayub. Danial Fadly pula dilihat akan diletakkan di bangku simpanan jika formasi 4-4-2 dikekalkan. Selain itu, Kelantan juga memiliki Khairan Eroza, Khairan Ezuan dan Wan Zaman di posisi tengah.
Ramzul Zahini Adenan, jadi taruhan

Di jentera serangan, dijangka jurulatih Kelantan akan mengekalkan kombinasi penyerang muda, Ramzul Zahini Adenan dan juga pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha. Kombinasi kedua pemain itu dilihat semakin serasi dan menunjukkan peningkatan dari setiap perlawanan. Ramzul Zahini pula sudah menemui sentuhan jaringan sementara Norshahrul dilihat lebih selesa bertindak sebagai "backup striker" dibelakang Ramzul. Jika momentum dan keserasian ini dikekalkan, sudah pasti kedua pemain ini menjadi taruhan terbaik untuk merobek kubu lawan. Selain dua pemain ini, Kelantan mempunyai Khalid Jamlus di bangku simpanan.

REKOD MUSIM LEPAS

Mengikut rekod Piala FA pada musim lepas, Kelantan tersingkir di pusingan kedua kepada pasukan Kedah menerusi perbezaan gol di tempat lawan. Namun, tahun ini, mampukah pasukan Kelantan memperbaiki rekod itu dengan lalui yang berliku dalam pusingan kalah mati Piala FA musim ini sekaligus mecapai cita-cita menjulang Piala FA untuk julung kalinya. Aksi terbaik Kelantan dalam Piala FA ialah pada tahun 2009 dibawah bimbingan jurulatih Peter Butler dimana Kelantan berjaya menjadi naib juara Piala Malaysia 2009, kalah ditangan pasukan Selangor menerusi sepakan penalti. Dan itu juga merupakan rekod terbaik Kelantan dalam Piala FA sejak diperkenalkan pada tahun 1990.

Diharap, penyokong pasukan Kelantan akan hadir beramai-ramai ke Stadium Ismial Nasarudin Shah, Kuala Terengganu untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan. Ayuh kita beramai-ramai penuhkan Stadium lawan dan gemakan dengan sorakan "gomo kelate gomo" bagi meniup semangat pasukan kita untuk beraksi dengan lebih cemerlang. Selamat maju jaya untuk pasukan Kelantan The Red Warriors!! Gomo Kelate Gomo!


BARISAN KEMUNGKINAN :

KELANTAN : 4-4-2

Jurulatih : Datuk M.Karathu
Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat
Pertahanan : Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, S.Subramaniam
Tengah : Nizad Ayub, Badri Radzi (K), Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya
Penyerang : Ramzul Zahini Adenan, Norshahrul Idlan Talaha

Simpanan : Shahrizan Ismail, Wan Rohaimi, Aziz Ismail, Danial Fadly, Solehin Kanasian, Khairan Eroza, Khalid Jamlus

Pemain Tumpuan : Khairul Fahmi Che Mat, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha



PBDKT T-TEAM : 4-3-3

Jurulatih : Yunus Alif
Penjaga Gol : Syamsuri Mustafa
Pertahanan : Subri Sulong, Azizi Mat Rose, Shahrul Ezrain, Rosdi Talib
Tengah : Indra Putra Mahyudin, Ismail Faruqi, Norfarhan Muhammad
Penyerang : Abdul Hadi Yahya, Haris Safwan Kamal, Mohd Kamal Rodiarjat

Pemain Tumpuan : Indra Putra Mahyudin, Norfarhan Muhammad, Azizi Mat Rose



Ramalan wawanfaiz.com : PBDKT T-Team FC 0-3 Kelantan FA



Share this article :

+ comments + 4 comments

February 18, 2011 at 7:39 AM

tq for the thoughtful review.. dengan adanye lebih ramai penggiat dan penulis sukan seperti saudara, pasti akan menyemarakkan lagi kemriahan bola sepak di Malaysia..
Kelantan will beat T team for sure!
GKG!

February 18, 2011 at 8:23 AM

Kupasan yg baik bro,.. TQ. Tapi tak berasa banyak ker ramalan gol itu?

February 18, 2011 at 2:30 PM

Shafiq ; 1st of all, thanks coz sudi baca my blog. Terima kasih atas sokongan anda. Menulis hanya kerana minat, demi TRW :) Tq support

February 18, 2011 at 2:33 PM

Ayah ; Thanx bro. ramalan gol tu based on prestasi semasa. Ya, tak dinafikan T-Team dibarisi pemain2 yang hebat, tapi jika dilihat dari segi rekod bolos mereka, dan rekod tewas 3 kali berturut2, tidak mustahil untuk pasukan Kelantan menang 3-0 dibantu pula dengan barisan serangan Kelantan yg dilihat semakin menjadi. Bukan mahu mendabik dada, cuma keyakinan tu ada. Apa-apapun, bola itu bulat, apa2 pun boleh jadi. Sedangkan Man Utd pun boleh tewas dengan pasukan tercorot wolves. Sama-sama kita tggu. yg penting, doakan kejayaan untuk pasukan kita dan terus menyokong tanpa berbelah bahagi xkira menang atau kalah :)

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger