Mat Yo & Apex ke Liga-J?

Thursday, February 3, 20111comments

Mat Yo & Apex dalam perancangan FAM ke Liga-J

Penjaga gol utama pasukan Kelantan dan juga Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bersama rakan sepasukannya di Kelantan Norshahrul Idlan Talaha berada dalam perancangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjalani satu ujian pemilihan bersama kelab di Jepun. Selain dua pemain Kelantan ini, Safee Sali turut tersenarai dalam perancangan ini.

Jika benar, ianya merupakan peluang terbaik untuk ketiga-tiga pemain ini untuk terus memperkembangkan bakat dan skill permainan, namun, bagaimana pula nasib pasukan Kelantan, terutamanya jika kehilangan dua pemain tonggak tatkala Liga Malaysia baru saja bermula. Bagi Selangor, Safee Sali hampir pasti ke Persib Bandung, dan sudah pasti Selangor sudah bersedia untuk melepaskan pemain itu ke Persib Bandung mahupun Liga-J. Namun bagi pasukan Kelantan, kehilangan dua tonggak utama di posisi serangan dan juga penjaga gol sudah pasti memberi tamparan hebat dan akan memberi kesan kepada pasukan.

Pelan ini adalah baik untuk mengembangkan bakat pemain, tapi adakah ianya menguntungkan pasukan negeri yang terlebih mengikat kontrak pemain-pemain ini? Mampukah mereka mencari panganti yang sesuai dalam masa terdekat? Kenapa sekarang disaat Liga Malaysia baru saja bermula idea ini muncul, dan kenapa tidak dari dulu atau tunggu sehningga Liga Malaysia 2011 melabuhkan tirainya? Jika pemain-pemain ini medapat tempat di Liga-J, sudah pasti pasukan lama akan mengalami satu kerugian yang besar. Jika benar pelan ini mahu dilaksanakan, sekarang bukan masa yang tepat. Tunggulah sehingga Liga Malaysia berakhir bagi memberi keadilan buat pasukan lama untuk mencari peganti.


*pendedahan Astro Awani

Share this article :

+ comments + 1 comments

February 3, 2011 at 5:55 PM

kalau betul ni adalah peluang terbaik tuk mereka berdua tp pasukan kelantan harus cari backup strategi tuk pastikan piala dlm genggaman kita ^_^

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger