The Red Warriors terlepas tiga mata!

Wednesday, February 2, 20110 comments

Nurul Azwan Roya beraksi cemerlang.


Beraksi di arena sendiri ternyata tidak memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah, Kelantan apabila terikat seri 1-1 menentang pasukan berjiran, Terengganu. Bermain di hadapan kira-kira 25,000 penyokong setia, The Red Warriors dilihat tidak mempunyai masalah untuk memenangi perlawanan tersebut.

Sebaik bermula separuh masa pertama, pasukan Terengganu terlebih dahulu menguji kubu pasukan Kelantan melalui rakaian serangan yang dijana oleh Ashaari Shamsudin dan Joseph Kalang Tie yang membantu Hadi di bahagian serangan, namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Kelantan. Selepas itu, pasukan Kelantan dilihat berjaya menguasai perlawanan dengan asakan menggila ke kubu pasukan Terengganu.

Penjaga gol Terengganu, Sarbinee Allawee terpaksa berkerja keras untuk menidakkan serangan pasukan Kelantan yang diketuai oleh penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha. Formasi 4-5-1 yang diterapkan olek jurulatih M.Karathu dilihat cukup berkesan dimana pasukan Kelantan berjaya menguasai bahagian tengah, dan berjaya melancarkan serangan melalui kedua-dua sayap kiri dan kanan.

Nurul Azwan Roya dilihat cukup rajin melakukan larian-larian menarik mengasak kubu pasukan Terengganu. Dan hasilnya, pada minir ke-36, Kelantan berjaya di depan hasil jaringan ketua pasukan, Badri Radzi selepas mendapat hantaran cantik dari Nurul Azwan Roya yang berjaya memperdayakan penjaga gol Terengganu, Sarbinee Allawee.

Selepas mendapat gol semangat itu, pasukan Kelantan dilihat menguasai perlawanan dan melakukan beberapa percubaan menerusi Norshahrul Idlan, Nurul Azwan Roya dan juga Solihin Kanasian namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Terengganu yang diketuai oleh kapten pasukan, Marzuki Yusoff. Tamat separuh masa pertama, Kelantan mendahului Terengganu, 1-0.

Bermula separuh masa kedua, pada awalnya Kelantan dilihat menguasai perlawanan, namun Terengganu berjaya menyerap segala asakan dari pasukan Kelantan. Terengganu mula mengatur beberapa gerakan merbahaya ke kubu pasukan Kelantan dan akhirnya, tanpa diduga, Terengganu meneyamakan kedudukan pada minit ke-68 hasil tandukan ketua pasukan Marzuki Yusoff yang menerima hantaran cantik dari Joseph Kalang Tie.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, pasukan Kelantan dilihat cuba mencari gol kemenangan. Namun pasukan Terengganu kntal bertahan malah berjaya melakukan beberapa percubaan namun berjaya digagalkan oleh kekebalan Khairul Fahmi Che Mat. Jurulatih M.Karathu membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Khalid Jamlus bagi menggantikan pemain tengah, Danial Fadzly bagi menguatkan jentera serangan. Nizab Ayub juga masuk menggantikan Solihin Kanasian yang dilihat sedikit keletihan. Manakala Khairan Eroza pula masuk menggantikan Shakir. Namun, segalanya tidak membuahkan hasil apabila Khalid dan Nizab gagal menemui sentuhan jaringan. Perlawanan menarik kedua pasukan berjiran ini berakhir dengan kesudahan seri 1-1.



Kesebelasan Utama Kelantan : 4-5-1

Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Solihin Kanasian Abdullah (Nizab Ayub), Badri Radzi (C), Shakir Shaari (Khairan Eroza), Danial Fadzly (Khalid Jamlus), Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha.

Jurulatih : M.Karathu


Kesebelasan Utama Terengganu : 4-4-2

Sarbinee Allawee, Hasmizan Kamarudin, Mohd Zharif, Marzuki Yusoff (C), Nik Zul Nawawi, Helmi Rameli, Reeshafiq Alwi, Joseph Kalang Tie (Mohd Fukharazi), Ashaari Shamsudin, Ismail Faruqi (Ahmad Nordin), Abdul Hadi Yahya.

Jurulatih : Irfan Bakti


KEPUTUSAN PERLAWANAN LAIN

T-TEAM 1-3 NEGERI SEMBILAN
PERAK 1-0 JOHOR FC
HARIMAU MUDA 3-1 PAHANG
KEDAH 1-0 FELDA UNITED
KUALA LUMPUR 1-0 SABAH
PERLIS 0-2 SELANGOR
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger