Misi Rebahkan Penyu!

Tuesday, February 1, 20110 comments

M.Karathu mengendalikan latihan pasukan The Red Warriors, semalam.


Pasukan The Red Warriors memulakan kempen Liga Super 2011 dengan langkah bergaya apabila merebahkan pasukan The Red Giants di arena lawan sekaligus donobatkan sebagai Juara Piala Sumbangsih 2011. Reputasi selaku Juara Piala Malaysia 2010 dan kini Juara Piala Sumbangsih 2011 menjadikan pasukan The Red Warriors pasti digeruni lawan. Selepas melepasi ujian pertama menentang Selangor, malam ini, sekali lagi pasukan The Red Warriors akan menghadapi ujian getir menentang pasukan berjiran Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Melayan kunjungan skuad yang digelar Sang Penyu itu, di atas kertas, pasukan The Red Warriors diletakkan sebagai pilihan untuk keluar sebagai pemenang. Namun, pasukan Terengganu pasti tidak akan memberi laluan mudah buat pasukan The Red Warriors apatah lagi pasukan Terengganu juga bukan calang-calang pasukan. Pasukan itu dibarisi oleh beberapa pemain dan bekas pemain kebangsaan, antaranya ialah penjaga gol, Sarbinee Allawee, Ashaari Shamsuddin, Manaf Mamat, dan juga Joseph Kalang Tie. Untuk pengetahuan, skuad Terengganu terikat tanpa jaringan menentang pasukan Sabah pada perlawanan pembukaan Liga Super, sabtu lalu.

Malam ini, tiga mata penuh dicari pasukan The Red Warriors yang akan bermain di hadapan ribuan penyokong setia The Red Warriors. Sudah pasti, aksi sulong di gelanggang sendiri mahu dimulakan dengan aksi menarik dan kemenangan. Usah leka dibuai kemenangan pada Piala Sumbangsih, kerana itu hanya permulaan. Banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu diharungi. Semoga berjaya buat pasukan The Red Warriors. Gomo Kelate Gomo!


ANALISIS MENGENAI KEDUA-DUA PASUKAN

PASUKAN KELANTAN :

Penjaga Gol :
  • Di posisi penjaga gol, pasukan Kelantan dilihat tidak mempunyai masalah untuk menurunkan penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi dengan baik pada perlawanan menentang pasukan Selangor. Di samping beliau, Shahrizan Ismail dijangka akan mengisi tempat selaku penjaga gol kedua.
Pertahanan :
  • Pada perlawanan lepas, jurulatih M.Karathu mempertaruhkan Daudsu Jamaludin, Farisham Ismail, Rizal Fahmi dan juga Zairul Fitree di posisi pertahanan. Untuk perlawanan menentang Terengganu, dilihat jurulatih M.Karathu hampir pasti mengekalkan kombinasi empat pemain itu. Namun, kembalinya S.Subramaniam ke skuad selepas pulih dari kecederaan, memungkin beliau menggantikan tempat Farisham Ismail di posisi pertahanan tengah untuk digandingkan dengan Rizal Fahmi. Sementara Aziz Ismail dan Wan Rohaimi pula juga berada dalam kondisi yang baik untuk diturunkan.
Tengah :
  • Kombinasi lima pemain tengah yang diterapkan oleh jurulatih M.Karathu pada perlawanan menentang Selangor tempoh hari dilihat menjadi. Untuk perlawanan menentang Terengganu pada malam ini, dijangka keadaan itu dikekalkan dimana beliau menggandingkan ketua pasukan, Badri Radzi, bersama Shakir Shaari dan Danial Fadly di jentera tengah pasukan dan meletakkan penyerang lincah, Nurul Azwan Roya di posisi sayap kiri sementara Solehin Kansian di sayap kanan. Dilihat kombinasi lima pemain tengah ini cukup efektif, dimana Shakir dan Danial dilihat lebih bertindak bertahan sementara memberi ruang kepada Badri Radzi dan Azwan serta Solehin untuk melancarkan serangan. Selain itu, Kelantan mempunyai, Khairan Eroza, Khairan Ezuan, Wan Zaman dan juga pemain muda Khairul Izuan Rosli.
Penyerang :
  • Norshahrul Idlan Talaha dilihat menjalani latihan bersama pasukan petang semalam menandakan beliau masih cergas dan kemungkinan akan diturunkan sebagai penyerang tunggal untuk perlawanan esok dibantu oleh lima pemain tengah. Selain itu, The Red Warriors memiliki Ramzul Zahini Adenan dan juga Nizab Ayub sementara Khalid Jamlus dilihat sudah mula turun berlatih bersama pasukan mungkin juga boleh diturunkan untuk digandingankan dengan Norshahrul. Manakala S.Chanturu masih lagi dibelenggu kecederaan tetapi sudah mula berlatih bersama pasukan. Beliau dijangka boleh bermain pada minggu hadapan.

Kesebelasan Kemungkinan : 4-5-1

Khairul Fahmi

Daudsu|Rizal|Subra|Zairul

Shakir|Danial
Solehin|Badri (C)|Azwan Roya

Norshahrul

PASUKAN TERENGGANU :

Penjaga Gol :
  • Sarbinee Alawee yang juga penjaga gol kedua pasukan kebangsaan sudah pasti menjadi pilihan untuk benteng terakhir skuad Penyu. Tugas berat bagi Sarbinee untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi, kerana sudah pasti kubu skuad penyu akan digempur habis-habisan oleh penyerang pasukan The Red Warriors.
Pertahanan :
  • Di posisi pertahahan, pengalaman ketua pasukan, Marzuki Yusoff sudah pasti ditagih bagi membimbing bahagian pertahahan agar tidak dibolosi lawan. Pasukan Terengganu dijangkan akan membariskan Marzuki Yusoff, Muhaimim Omar, Mazlizam dan juga Helmi di posisi berkenaan.
Tengah :
  • Kelibat bintang kebangsaan, Ashaari Shamsudin sudah pasti ditagih bagi mengemudi jentera tengah pasukan Terengganu. Pemaian tengah ini yang juga boleh bermain sebagai penyerang diharapkan mampu menghasilkan sesuatu buat pasukan. Disamping beliau, Reeshafiq, K Rajan dan juga Ismail Faruqi dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama bagi membantu Ashaari Shamsudin melancarkan serangan ke kubu The Red Warriors.
Penyerang :
  • Di bahagian serangan, ketiadaan Manaf Mamat ketika bertemu Sabah tempoh hari menyukarkan skuad Terengganu untuk mencari gol. Manaf yang kemungkinan tidak diturunkan pada perlawanan malam ini dikhabarkan masih belum pulih dari kecederaan. Untuk itu, Terengganu terpaksa bergantung kepada Hadi dan mungkin digandingkan dengan bekas penyerang Kelantan, Ailim Fahmi.

Kesebelasan Kemungkinan : 4-4-2

Sarbinee Allawee

Mazlizam|Muhaimin|Marzuki(C)|Helmi

K Rajan|Reeshafiq|Ismail Faruqi|Ashaari

Hadi | Ailim



*RAMALAN wawanfaiz.com : KELANTAN 3-0 TERENGGANU
*Penjaring : Nurul Azwan Roya, Norshahrul, Solehin Kanasian


**Untuk lihat gambar sesi latihan sila (klik)
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger