Prebiu Perlawanan : Kedah vs Kelantan

Friday, February 25, 20110 comments




KELANTAN BERDEPAN TUGAS GETIR

Pasukan Kelantan yang gah mendahului liga dengan 10 mata berdepan tugas getir apabila berkunjung ke Stadium Darul Aman, bagi menghadapi pasukan tuan rumah, Kedah, malam ini. Pasukan Kedah yang dibarisin beberapa pemain dan bekas pemain kebangsaan seperti Badrul Baktiar, Helmi Eliza, Azmi Muslim, Sabree Abu sudah pasti akan menjanjikan saingan yang hebat bagi menghalang pasukan Kelantan dari meneruskan rentak kemenangan yang di capai pada perlawanan sebelum ini.


ANALISIS PASUKAN KELANTAN

PENJAGA GOL
  • Di posisi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang baru kembali dari tugasan bersama pasukan olimpik kebangsaan hampir pasti diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan bagi memastikan gawang The Red Warriors tidak dibolosi lawan. Sementara itu, Shahrizan Ismail turut bebas dari kecederaan untuk menggalas tugas itu jika Khairul Fahmi tidak cukup bersedia.
PERTAHANAN
  • Pemain-pemaian pertahanan yang dilihat agak mantap setelah hanya bolos 3 gol setakat ini. Gandingan Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail dan Zairul Fitree Ishak hampir pasti menjadi sandaran bagi memastikan benteng pasukan Kelantan tidak dibolosi pada pertemuan malam ini. Di bangku simpanan, Kelantan memiliki S.Subramaniam, Aziz Ismail dan juga Wan Rohaimi yang dilihat cukup sedia untuk dimasukkan.
TENGAH
  • Pada perlawanan lepas ketika menentang T-Team, barisan tengah dilihat kurang berfungsi. Badri Radzi dilihat kurang menjadi sementara Nurul Azwan Roya dilihat tidak selincah pada perlawanan yang sebelumnya. Jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu mempunyai banyak pilihan di bahagian tengah. Namun mungkin sekali lagi Datuk M.Karathu menggandingkan ketua pasukan Badri Radzi bersama Shakir Shaari di bahagian tengah sementara Nurul Azwan Roya di bahagian sayap kiri. Sementara Solehin Kanasian dijangka akan kembali mengisi posisi sayap kanan selepas tidak diturunkan pada perlawanan lepas. Danial Fadly juga merupakan antara pemain yang boleh mengisi posisi tengah menggantikan Shakir mahupun Badri Radzi. Selain itu, Kelantan memiliki Khairan Eroza, Khairan Ezuan dan juga Wan Zaman di posisi berkenaan.
PENYERANG
  • Barisan serangan merupakan posisi yang paling bermasalah dalam skuad Kelantan. Selain Norshahrul Idlan Talaha, Kelantan dilihat ketandusan jaringan dari pemain penyerang yang lain. Setakat ini, gandingan Norshahrul, Ramzul Zahini Adenan hanya menjaringkan satu gol, begitu juga dengan Nizad Ayub. Sementara Khalid Jamlus masih belum mencapai tahap untuk diturunkan. Malam ini, Norshahrul Idlan Talaha sudah pasti akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Tapi persoalannya, siapakah gandingannya pada malam ini. Jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu hanya mempunyai tiga pemain diposisi itu, iaitu Khalid Jamlus, Ramzul Zahini dan juga Nizad Ayub. Atau Datuk M.Karathu sekali lagi akan menggunakan formasi 4-5-1 dengan memasukkan Danial Fadly di bahagian tengah? Sama-sama kita saksikan.
Kesebelasan Utama pilihan wawanfaiz.com

(4-4-2)
Khairul Fahmi

Daudsu | Rizal | Farisham | Zairul

Shakir
Solehin Kanasian Nurul Azwan Roya
Badri Radzi (C)

Norshahrul | Khalid J


ANALISIS PASUKAN KEDAH

PENJAGA GOL
  • Di posisi penjaga gol, sudah pasti bekas penjaga gol kebangsaan, Helmi Eliza Elias akan ditugaskan untuk mengawal benteng terakhir skuad Kenari itu. Tugas berat pasti menanti penjaga gol ini bagi menghalang golnya dari dibolosi pasukan Kelantan.
PERTAHANAN
  • Pasukan Kedah dilihat cukup kuat diposisi pertahanan dimana menggandingkan pemain kebangsaan dan juga pemain berpengalaman. Nama-nama seperti Sabree Abu, Azmi Muslim, Fauzi Nan, Khairul Helmi Johari, V.Thirumugan, Shafizan Hashim dan Fazliata Taib sudah pasti cukup dikenali kerana ada antara mereka adalah pemain kebangsaan. Dijangka jurulatih Kedah, Hj. Ahmad Yusoff akan menurunkan Sabree Abu, Fauzi Nan, Khairul Helmi Johari dan Shafizam Hashim dalam kesebelasan utama pasukan.
TENGAH
  • Di posisi tengah, tugas menjana serangan sudah pasti tertumpu kepada Badrul Baktiar yang juga pemain kebangsaan. Selain itu, pemain tengah bertahan untuk pasukan kebangsaan, Amar Rohidan juga pasti diberi tanggungjawab yang besar untuk mengawal bahagian tengah. Selain itu, ketua pasukan, Ahmad Fauzi Shaari dan Khyril Muhymeen dijangka akan diturunkan untuk digandingkan bersama Amar Rohidan dan juga Badrul Baktiar.
PENYERANG
  • Penyerang kelahiran Kelantan yang baru pulih dari kecederaan, Azlan Ismail mungkin diturunkan buat kali pertama dalam saingan Liga Super pada malam ini. Azlan dijangka akan memikul tugas berat bagi merobek pintu gol bekas pesukan lamanya. Selain Azlan, Kedah mempunyai penyerang Olimpik kebangsaan, Shakir Ali, dan juga Faizal Abu Bakar untuk merobek pintu gol pasukan Kelantan.
Kesebelasan Utama pilihan wawanfaiz.com

(4-4-2)
Helmi Eliza Elias

Sabree | Fauzi Nan | K.Helmi | Shafizan

Amar Rohidan
Badrul Baktiar Khyril Muhymeen
Fauzi Shaari (C)

Azlan Ismail | Shakir Ali



Ramalan wawanfaiz.com :
Kedah FA 0-0 Kelantan FA

Pemain Tumpuan :
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Azlan Ismail (Kedah)

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger