Kelantan bawa pulang satu mata

Friday, February 25, 20110 comments


Kelantan mensia-siakan peluang untuk mengukuhkan cengkaman Liga apabila sekadar seri 1-1 bertemu pasukan Kedah di Stadium Darul Aman, Kedah sebentar tadi. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang menarik namun banyak peluang yang terhidang gagal diterjemahkan dalam bentuk gol.

Bermula separuh masa pertama, pasukan Kelantan terlebih dahulu mengancam kubu pasukan Kedah dengan lambungan bijak Nurul Azwan Roya berjaya memperdaya penjaga gol Kedah, Abdul Hadi namun palang menjadi penghalang. Pasukan Kedah dilihat tercari-cari rentak perlawanan, dan kebanyakan serangan yang cuba dilancarkan berjaya dipatahkan oleh pertahanan pasukan Kelantan. Pada minit terkahir perlawanan, Badri Radzi yang mendapat hantaran lintang Zairul Fitree menyepak tinggi tatkala hanya berdepan dengan penjaga gol lawan. Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun ada peluang untuk menjaringkan gol.

Bermula separuh masa kedua, pasukan Kedah dilihat mula menguasai perlawanan. Dah hasilnya, penyerang kelahiran Tumpat, Kelantan, Azlan Ismail meletakkan Kedah di hadapan setelah menampan cantik hantaran lintang Badrul Badtiar menewaskan Khairul Fahmi di gawang gol Kelantan pada minit ke-57.

Selepas mendapat gol pertama, Kedah dilihat lebih yakin melakukan serangan namun berjaya dipatahkan pertahanan Kelantan yang diketuai oleh Rizal Fahmi Rosid yang beraksi cemerlang. Khairul Fahmi juga mempamerkan aksi terbaik apabila berjaya menafikan percubaan-percubaan bahaya dari pemain Kedah.

Kelantan yang tidak berputus asa akhirnya mendapat gol penyamaan hasil jaringan penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha. Beliau menyambut baik hantara lintang Nizad Ayub dan menyudahkan dengan satu rembatan kencang menewaskan Abdul Hadi di gawang gol Kedah pada minit ke-79. Peluang terbaik Kelantan untuk mendapatkan gol kemenangan menerusi ketua pasukan, Badri Radzi, namum umpanan Ramzul Zahini gagal disudahkan dengan baik tatkala penjaga gol sudah tertewas mengecewakan penyokong The Red Warriors.

Di minit-minit terakhir perlawanan, Kelantan dilihat lebih menguasai perlawanan dan hampir mendapat gol kemenangan hasil rembatan Norshahrul Idlan, namun berjaya dinafikan Abdul Hadi. Azlan Ismail pula hampir memberi Kedah 3 mata apabila beliau berjaya merembat tepat ke pintu gol Kelantan, namun dinafikan oleh kecemerlangan Khairul Fahmi Che Mat di gawang gol Kelantan. Keputusan penuh perlawanan, Kelantan berjaya mengikat Kedah 1-1 di arena lawan.




Highlight separuh masa pertama



Gol pertama Kedah, jaringan Azlan Ismail



Gol penyamaan Kelantan, jaringan Norshahrul Idlan Talaha



Credit Video : Sokernet.com
Ihsan ASTRO ARENA


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger