Kelantan menang bergaya! Layak ke separuh akhir!

Sunday, March 20, 20111comments



Kelantan ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila membelasah Felda United 3-0 di "arena lawan". Ternyata keputusan Felda United memilih Stadium Sultan Muhammad ke-Iv sebagai vanue perlawanan memakan diri kerana pasukan "pelawat", Kelantan mendapat sokongan padu lebih dari 25,000 penyokong yang hadir membanjiri stadium.

Kelantan awal-awal lagi sudah melakukan serangan bertali arus dan mereka berjaya mendapat gol awal menerusi S.Chanturu yang bijak menyudahkan lorongan ketua pasukan, Badri Radzi pada minit ke-18. Tamat separuh masa pertama, kedudukan Kelantan mendahului 1-0.

Bermula pada separuh masa kedua, pasukan Felda cuba untuk menyamakan kedudukan, namun pasukan Kelantan lebih bijak menguasai perlawanan. Nurul Azwan Roya memberi kelegaan kepada pasukan Kelantan apabila rembatan padu beliau berjaya menewaskan Hamsani Ahmad di gawang Felda United. Nizad Ayub yang masuk menggantikan Zulyusry Che Harun tidak menghampakan apabila beliau menjaringkan gol ketiga buat pasukan Kelantan pada minit-minit akhir perlawanan sekaligus mematikan sisa-sisa perjuangan pasukan Felda United.

Beberapa insiden panas berlaku pada perlawanan itu, yang melibatkan kekasaran dan perang psikologi antara pemain Felda United dan Kelantan. Hamsani Ahmad dilihat banyak mencetuskan suasana panas di kalangan pemain. Pada perlawanan suku akhir pertama, Hamsani juga telah mencetuskan ketegangan antara beliau dengan Norshahrul Idlan Talaha.

Keputusan penuh perlawanan, Felda United tersungkur pada suku kahir kedua dengan jaringan 0-3. Kelantan layak ke separuh akhir dengan agreget 5-2 dan bakal bertemu Selangor pada perlawanan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 13 Mei 2011.

Keputusan di lain vanue, Selangor, Terengganu dan Pahang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir setelah menumbangkan lawan masing-masing di suku akhir. Terengganu akan bertemu Pahang di separuh akhir sementara Kelantan akan bertemu Selangor.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 20, 2011 at 7:45 AM

kemah set kelate.
kpd semua pemain, janga ikut rentak pemain lawan yg nok menaikkan daroh pemain kelate supaya ada berlaku pergaduhan seterusnya mendapat kad meroh. tu tektik zaman jepun. set kelate sudh bermoral tinggi


gomo kelate gomo

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger