Pertembungan Peribadi | Norshahrul vs Hamsani

Saturday, March 19, 20110 comments





Perlawanan suku akhir kedua, Felda United layanan kunjungan pasukan Kelantan malam ini dijangka lebih menarik apabila pertembungan "panas" antara dua pemain terbaik kedua-dua pasukan. Hamsani Ahmad, merupakan bekas penjaga gol kebangsaan dan juga Selangor dilihat begitu kebal di gawang Felda United, sementara penyerang prolifik Malaysia dan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha begitu rakus menjaringkan gol.

Aksi dan prestasi kedua pemain ini dilihat akan memberi impak yang besar kepada keputusan perlawanan pada malam ini. Jika Hamsani cemerlang di gawang dan gagal dibolosi, bermakna impian Kelantan untuk melangkah ke separuh akhir bakal terkubur. Manakala jika Norshahrul berjaya merobek gawang Felda United, sudah pasti akan membawa Kelantan ke separuh akhir Piala FA 2o11.
Norshahrul mengalami kecederaan ketika bertembung dengan Hamsani

Lebih menarik lagi, pada perlawanan lepas, pertembungan kedua pemain ini sedikit mencetuskan aksi "panas". Ianya bermula pada separuh masa kedua ketika kedua pemain ini bertembung 50-50 ketika merebut bola. Dan ketika jatuh, kaki Hamsani secara "sengaja atau tidak" terkena muka Norshahrul Idlan menyebabkan Norshahrul terbaring cedera. Campur tangan Khalid Jamlus pula menyebabkan berlaku tolok menolak dan tiba-tiba Hamsani turut "rebah" dan "cedera". Akibatnya, Hamsani dan Norshahrul dilayangkan kad kuning. Kad kuning itu cukup relevan untuk Hamsani kerana beliau yang mengakibatkan Norshahrul cedera. Namun kad kuning kepada Norshahrul adalah tidak adil kerana beliau yang terbaring cedera tanpa memberi tindak balas kepada Hamsani.

Norshahrul "menari" didepan Hamsani meraikan jaringan

Tidak lama selepas insiden itu, Norshahrul berjaya menewaskan Hamsani di gawang Felda untuk gol pendahuluan Kelantan. Norshahrul bertindak "menari" di depan Hamsani bagi meraikan gol yang dijaringkan kerana geram dengan aksi Hamsani yang mencederakan beliau sebelum ini. Hamsani juga dilihat banyak melengahkan masa perlawanan. Namun, selepas itu, giliran Hamsani pula membalas ejekan itu apabila beliau berjaya menyelamatkan gawang dari dibolosi ketika berdepan satu lawan satu dengan Norshahrul. Hamsani sempat menguis bola tersebut dan sekaligus menunjukan reaksi sinis keatas Norshahrul.

Malam ini, sudah pasti kedua-dua pemain ini mahu membuktikan sesuatu. Pertembungan dua individu ini dilihat akan memberi impak kepada hala tuju perlawanan pada malam ini. Siapa yang lebih hebat? Jika mereka gagal mengawal emosi, mungkin akan berlaku lagi insiden panas pada malam ini. Malam ini sebagai penentu, Norshahrul atau Hamsani lebih hebat? Kelantan atau Felda yang bakal tersingkir? Sama-sama kita saksikan pertembungan "panas" ini.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger