Nurul Azwan Roya pemain terbaik bulan Februari

Friday, March 4, 20112comments


Nurul Azwan Roya, pemain terbaik bulan Februari

Pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya menjadi pilihan pembaca blog wawanfaiz.com untuk dinobatkan pemain terbaik Kelantan bagi bulan Februari. Nurul Azwan Roya mendapat undian tertinggi dengan 245 undi iaitu sebanyak 55%.

Ditempat kedua pula menjadi milik penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dengan 182 undian sementara penjaga gol nombor satu Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat meraih 164 undian di tempat ketiga.

Undian yang dijalankan bermula pada 1 Februari sehingga 28 Februari. Dengan ini, undian yang dilakukan peminat adalah berdasarkan perlawanan pada bulan Februari. Saingan Liga Super (Kelantan 1-1 Terengganu, Kelantan 4-1 Johor FC, Kuala Lumpur 0-2 Kelantan, Kedah 1-1 Kelantan) dan juga Piala FA (T-Team 1-1 Kelantan*Kelantan layak kepusingan kedua menerusis sepakan penalti).

Sumbangan Nurul Azwan Roya dilihat cukup besar pada bulan Februari dimana beliau banyak melakukan gerakan berbahaya dari bahagian sayap. Beliau berjaya menjaringkan satu gol, iaitu gol penyamaan ketika berdepan kelab lamanya, Johor FC. Selain itu, beliau juga memainkan peranan besar apabila terlibat dalam melakukan hantaran yang berjaya menghasilkan gol buat pasukan Kelantan. Selamat maju jaya buat Nurul Azwan Roya.


Share this article :

+ comments + 2 comments

abid
March 4, 2011 at 1:01 PM

mano undi hok bln march boh.. nok undi rizalfahmi pulok.... hehe

March 5, 2011 at 12:42 AM

undian bulan March kini dibuka :)

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger